Siakap Keli
Gambar : Hello Doktor/ IG dentistrysociety

‘Strawberry Gingivitis’ Petanda Kepada Masalah Kesihatan Individu, Ikuti Perkongsian Daripada Doktor Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selain daripada gigi, kesihatan gusi amat penting untuk kita jaga dengan baik. Tambahan pula, ramai yang hanya acuh tak acuh memberi perhatian terhadap kesihatan gusi anda.

Pernahkah anda tahu bahawa gusi kita boleh berubah dan membentuk struktur seperti buah strawberry? Ia dikenali sebagai petandan kepada masalah kesihatan anda yang berpunca daripada inflamasi pada saluran darah seseorang. Penyakit ini dikenali sebagai Hyperplastic granular gingivitis atau ‘Strawberry Gingivitis’.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian daripada Dr. Mohd Khairul Izwan di bawah:

Tahukah anda, dalam keadaan tertentu, gusi kita boleh mengalami perubahan dan membentuk struktur dengan permukaan yang menyerupai buah strawberry?

Hyperplastic granular gingivitis atapun lebih dikenal sebagai “Strawberry Gingivitis” merupakan salah satu ciri khusus yang menjadi petanda kepada masalah kesihatan umum seseorang.

Salah satu keadaan yang sering dikaitkan dengan Strawberry Gingivitis ini adalah Wegener’s granulomatosis (Granulomatosis with polyangiitis) iaitu suatu penyakit inflamasi yang terjadi pada saluran darah seseorang.

Kredit : IG dentistrysociety via Mohd Khairul Izwan

Secara umum, keadaan ini adalah sesuatu yang jarang dijumpai, dan penyebab utama terjadinya keadaan ini sering dikaitkan dengan penyakit autoimun iaitu sistem pertahanan tubuh seseorang yang “menyerang” pembuluh darahnya sendiri, mengakibatkan kerosakan terhadap salur darah yang terlibat.

Terdapat sedikit perbezaan dengan gingivitis biasa atau penyakit awal gusi yang sering dialami oleh kebanyakan individu yang mana gingivitis biasa selalunya mengakibatkan gusi kelihatan membengkak dengan struktur yang licin.

Sedangkan strawberry gingivitis ini pula mempunyai beberapa gejala khusus seperti:

  1. Gusi kelihatan membengkak dengan permukaan yang menggerutu (mirip buah strawberry).
  2. Warna gusi menjadi lebih merah terang.
  3. Gusi menjadi lebih mudah berdarah.
  4. Sakit pada keseluruhan gusi.
  5. Biasanya rawatan untuk masalah ini adalah dengan pemberian corticosteroids dan ubat-ubatan untuk memperlahankan aktiviti sistem imun seseorang (immunosuppressant).

Oh ya, selain daripada gusi, lidah juga boleh mengalami perubahan yang menyerupai buah strawberry tau.

Istilahnya disebut sebagai “Strawberry Tongue”. Kalau nak tahu bagaimana rupa strawberry tongue ini dan apa penyebabnya, boleh baca di sini ya:

Kredit : IG dentistrysociety via Mohd Khairul Izwan

Sumber : Mohd Khairul Izwan

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.