Penampakan berunsur mistik sememangnya mampu buat bulu roma meremang. Tambahan pula bila entiti ni tanpa disangka-sangka muncul depan mata.
Sama juga seperti pengalaman seram wanita yang dikenali sebagai Intan Hamzah ini. Tak hanya berada di tempat kejadian, Intan juga sempat merakam penampakan ‘sosok’ tersebut dan dimuatnaik di akaun TikTok miliknya.
“Biar betul. Tapi bukan tong sampah, mana ada tong sampah kat situ. Dia tengok kita la kakak,” kata Intan kepada anak perempuannya yang turut melihat ‘makhluk’ tersebut.
Menurut Intan, dia ketika itu bertandang ke rumah abangnya yang baru lepas menjalani pembedahan. Awalnya cuma niat melawat, namun si anak tiba-tiba menjerit memanggilnya dari dalam bilik dan menunjukkan ‘benda’ tersebut.
Dalam video sama, dapat dilihat satu ‘sosok’ yang diam tak berkutik di bangunan kondominium bersebelahan unit kediaman abangnya. Intan menggambarkan ‘sosok’ tersebut seakan-akan seorang wanita, ketinggian seperti manusia normal kira-kira 150 sentimeter dengan rambut berterbangan.
Video unggahan Intan ini sempat mendapat sorotan warga net dan ditonton sebanyak 560.7 ribu kali di TikTok setakat ini. Tonton video penuh di bawah.
@intanhmzah full video penunggu condo
“Last tu suara siapa?”
Menjengah ke ruangan komen, warga net turut sama meremang melihat penampakan ‘sosok’ tersebut. Tak kurang juga mereka yang mengaku mendengar suara misteri di hujung video.
Bercakap mengenai suara di akhir video, Intan mengaku turut mendengar suara seakan-akan siulan semasa merakam video berkenaan. Pun begitu, Intan ketika dihubungi berkata, setakat ini dia sendiri belum dapat mengenalpasti adakah ‘sosok’ tersebut benar-benar entiti ghaib atau objek yang kebetulan berada di situ.
Sumber: TikTok Intan Hamzah