Siakap Keli

(Video) “Hentam Je Lah Dikmie..,” Segak Berbaju Melayu, Fahmie Hiburkan Kawan-Kawan Dengan Lagu ‘Perfect’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Teringat dulu-dulu waktu zaman sekolah mesti ada bermacam-macam pertandingan, yang paling popular adalah pertandingan menyanyi. Bagi yang suka menyanyi, inilah masa untuk tunjukkan bakat mereka.

Ya, sudah pasti ia merupakan satu kenangan pahit dan manis untuk kita semua pada zaman itu. Seperti video yang tular di laman Tiktok ini tentang seorang kanak-kanak lelaki membuat persembahan di sekolahnya telah menarik perhatian ramai.

Apa yang menarik perhatian ramai, anak kecil yang segak berbaju melayu ini mendendangkn lagu Inggeris yang bertajuk ‘Perfect’ nyanyian Ed Sheran.

Menurut ayahnya, Johari Hassan berkata adik Fahmie ini sangat suka menyanyi sejak usia 5 tahun lagi. Tambahnya lagi, si kecil ini mengikut jejak abang dan kakaknya yang suka menyanyi.

“Dia jenis tak boleh tengok abang dan kakak dia boleh buat sesuatu. Nanti mesti dia pun nak buat lebih dari abang dan kakak dia buat…”

Seperti rakaman video di bawah, adik Fahmia atau lebih mesra degnan panggilan Dikmie ini sangat yakin sampai terlupa untuk intro beri salam.

@joharihassan2

sje hiburkan hati😂😊#fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – joharihassan2 – joharihassan2

Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat adik ini dan memuji tentang ‘confident’ dia menyebut perkataan Inggeris dalam rangkap lagu tersebut.

“Ingat nak nyanyi lagu raya sekali….”

“Baju melayu kemain…”

“His English is good”

“Yang penting berani dan confident”

 

Sumber: Joharihassan2

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.