Siakap Keli

(Video) Majikan Boleh Suruh Staf Masuk Kerja Jika Kerajaan Umum Cuti Menang Bola, Tak Perlu Bayar ‘Double’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang kita tahu, cuti umum telah diberikan untuk negeri di bawah Wilayah Persekutan baru-baru ini sempena kemenangan Kuala Lumpur City dalam Piala Malaysia, namun ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati apabila majikan mereka tidak menutup premis dan perlu bekerja seperti biasa.

Isu ini menjadi tanda tanya ramai orang lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa apabila cuti umum adalah wajib, sebenarnya salah. Walaupun ianya dianggap cuti umum tetapi majikan mempunyai hak untuk tidak membenarkan korang bercuti.

Pemilik akaun Tiktok, Kerjajer ini menjelaskan bahawa majikan mempunyai hak untuk tidak ikut cuti umum yang diberikan oleh kerajaan negeri. Jika ada syarikat yang ikut adalah bagus dan tidak ikut pun tidak ada masalah.

Dalam penjelasannya mengatakan bahawa majikan tidak perlu membayar apa-apa bayaran untuk cuti umum atau cuti ganti. Bukan itu sahaja, bank negara pun tidak menutup urus niaganya dan buka seperti biasa.

Jadi, sekarang korang dah tahu kan kenapa majikan korang tak bagi cuti sempena menang bola hari itu?

@kerjajer

Reply to @ezatfuyuki Kawan2 banker kat WP ok tak tu? 😂 #kerjajer #learnontiktok #jombelajar #tiktokguru

♬ original sound – Kerjajer with Azmil – Kerjajer with Azmil

 

Sumber: Kerjajer

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.