Siakap Keli
Foto: Youtube Hasbullah Syarah

(Video) “Pernah Digelar Mercedes Malaysia,” Ini 5 Kereta Harian ‘Best’ Bajet Bawah RM10,000

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan, kereta sudah menjadi satu keperluan untuk orang ramai terutamanya buat mereka yang sudah berumahtangga dan memiliki anak. Walau bagaimanapun,  kebanyakan kereta tidak kekal lama dan ramai pemilik alan menukar kereta mereka kepada baru setelah bertahun menjadi kereta harian.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin membeli kereta untuk tujuan kegunaan harian atau basahan ini, korang boleh lihat kereta- kereta di bawah dengan bajet bawah RM10,000. Walaupun begitu,  kereta ini masih kekal sempurna fungsinya walaupun sudah lama dikeluarkan hampir 10 ke 15 tahun ke atas.

Info menarik ini dikongsikan oleh Youtuber terkenal, Hasbullah Syarah yang berkongsi tentang lima jenis kereta basahan yang mampu milik. Jadi, jom kita lihat senarai carta kereta buatan Malaysia yang masih menjadi pilihan ramai atas faktor ketahanannya.

5. Perodua Viva

Model yang korang boleh dapat dengan harga bawah RM10,00 adalah model tahun 2011. Model Viva 850 Es, gearbox manual. Kalau korang mencari auto masih beli dapat kerana kereta auto dikeluarkan pada tahun 2013.

4. Perodua Myvi

Kalau korang mencari kereta yang bawah RM10,00, Perodua Myvi jenis bulat keluaran 2010. Memang tahan lasak yang tidak cepat rosak. Apa yang menarik lagi tentang Myvi ini, apa sahaja bahagian yang rosak mesti ada barang tukar ganti di bengkel.

3. Proton Wira

Korang boleh dapat kereta bawah RM10,000 iaitu Proton Wira. Yang paling baru model tahun 2008. Kereta ini masih kekal antara kereta terbaik yang dikeluarkan oleh Proton.

2. Proton Saga

Bukan Saga yang dikeluakran pada tahun 1981 tau, Proton Saga yang bajet bawah RM10,000 dan agak terbaik untuk kegunaan harian adalah keluaran tahun 2009.

1. Proton Waja

Kereta ini dianggap agak mewah ketika model ini dikeluarkan kerana keadaan dalamnya agak luas dan sesuai untuk mereka yang mempunyai anak lebih dari dua orang.

Sebelum korang membeli kereta-kereta terpakai ini, korang perlu lakukan ini;

  • Pergi lihat sendiri keadaan kereta yang ingin dibeli
  • Janganlah anggap kereta ini sempurna seperti kereta baru.
  • Periksa terlebih dahulu kerosakan yang perlu dibaiki (untuk jimatkan kos)
  • Beli kereta yang popular, jangan beli yang ‘rare’

Sumber: Dr Hasbullah Syarah

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.