Apabila menjelang ke gerbang perkahwinan, pastinya pasangan pengantin berasa teruja dan tidak sabar untuk meragakan busana pilihan mereka. Ada yang sanggup bayar mahal kepada penjahit untuk menjahit busana yang cantik dan ada juga yang hanya menyewa sahaja pakaian yang diidamkan.
Namun, dah namanya majlis perkahwinan, pastinya akan berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kita dan salah satunya mengakibatkan terjadinya kekotoran atau kerosakan pakaian yang disewa itu.
Hal ini sama seperti kejadian yang berlaku kepada seorang MUA dari negara seberang apabila gaun pengantinnya kelihatan kotor selepas disewa.
Aduan tersebut telah dimuat naik olehnya menerusi akaun TikTok pada Isnin lalu. Video yang dikongsikan itu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 4.6 juta. Rata-rata daripada warganet berasa marah dengan sikap pengantin yang sanggup mengotorkan baju itu.
“Sungguh, hanya mampu beristigfar dan memaafkan apa yang terjadi,” kapsyen MUA.
Menerusi laporan BeritaHits, MUA tersebut menunjukkan keadaan gaun pengantin yang asalnya berwarna putih menjadi kotor dan kehitaman pada bahagian bawah.
“Sangat terkejut selepas tengok keadaan pakaian ini,” katanya lagi.
Pihak MUA tersebut kemudiannya sempat merakam detik-detik ketika cuba mencuci dan menghilangka kotoran pada pakaian itu.
Menurutnya, pengantin yang menyewa gaun itu diajak oleh jurugambar untuk bergambar di suatu tempat.
“Selepas pasangan pengantin selesai acara akad, jurugambar bertanya di mana hendak mengambil gambar,” sambungnya sambil mencuci.
Melihat keadaan gaun tersebut sangat kotor, MUA terus mencucinya, tetapi kesan kotoran itu sukar dihilangkan.
“Terus ambil keputusan untuk cuci gaun itu dalam bilik air supaya kotor itu hilang sebaliknya bertukar menjadi kekuningan,” tambahnya lagi.
Dia berasa sedih kerana pakaian yang dicuci itu merupakan pakaian kegemaran pengantin perempuan dan tidak pasti sama ada pakaian itu masih boleh disewa ataupun tidak.
“Sedih, kecewa dengan segala perasaan yang bercampur baur. Saya hanya mampu memaafkan sahaja.”
@riajameelamakeup Bener bener cuman bisa istigfar, ikhlasin apa yg terjadi😭🥲 #fyp
Sumber : BeritaHits.Id