Siakap Keli
Kredit : Bernama

JPJ Tawar 80% Pengurangan Saman Bermula 9 Disember Ini

Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan kadar pengurangan bayaran saman sebanyak 80%.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), kemudahan pengurangan saman ini akan diberikan di semua Pejabat JPJ di seluruh negara dalam tempoh empat hari yang dinyatakan sahaja.

Pengurangan kadar kompaun ini akan diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun seperti disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003, KECUALI kepada kes-kes yang telah didaftarkan di Mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap yang belum Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA).

Menurut Ibu Pejabat JPJ, tawaran ini turut diberikan kepada semua notis saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa, dengan syarat urusan pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan pada 9 Disember sehingga 12 Disember 2021.

Orang ramai boleh menghadirkan diri ke semua pejabat negeri, cawangan JPJ dan UTC JPJ di seluruh negara, kiosk JPJ berdekatan. Selain itu, bayaran saman juga boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rasmi mySIKAP JPJ di https://public.jpj.gov.my.

Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan status saman terlebih dahulu yang melibatkan saman AES melalui portal mySIKAP JPJ atau di mana-mana kaunter Pejabat JPJ.

Sumber : JPJ Malaysia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.