Siakap Keli
Gambar: TikTok @doyandairymilkk

Kekasih Minta Putus Sebab Dikatakan Selekeh, Gadis Ubah Gaya, Tampil Lebih Menawan

Siapa je kan kalau dah putus cinta tak sedih. Walaupun pihak yang meminta putus itu sudah berubah hati, pasti akan ada sedikit rasa sedih.

Lagi-lagi apabila alasan berpisah tersebut kerana si kekasih selekeh. Zaman sekarang ini kebanyakkan orang mengatakan bahawa rupa tidak penting dalam memilih pasangan.

Namun begitu bagi sesetengah orang perkara itu mungkin betul tetapi ada juga yang masih menjadikan rupa itu sebagai satu perkara yang wajib sebelum memilih pasangan.

Begitulah ceritanya dengan sebuah video perkongsian di akaun TikTok @doyandairymilkk.

Pemilik video yang mencecah tontonan 20.2 juta tersebut menceritakan kisahnya yang ditinggalkan kekasih kerana rupanya yang selekeh.

Wanita tersebut turut mengongsikan perbualan mereka di dalam video tersebut, “Saya nak berpisah dengan awak,” kata lelaki tersebut.

“Kenapa dengan saya?” wanita itu bertanya. “Sebab awak selekeh, dan berbau tak sesuai dengan saya,” kata teman lelakinya.

Terpukul dengan pernyataan lelaki tersebut, wanita ini lantas mengubah penampilan dirinya menjadi lebih cantik.

Pada awal video tersebut dia menunjukkan rupa dirinya yang ‘selekeh’ dan tiada solekan, kemudiannya dia berubah menjadi lebih cantik dengan sedikit solekan halus dan sehelai selendang.

@doyandairymilkk

mau marah😡

♬ trend by swnexx – koomi🧷

Perkongsian yang menarik perhatian masyarakat ini turut tidak ketinggalan meninggalkan komen yang membina di video tersebut:

‘Kakak sangat cantik’

Kredit: TikTok @doyandairymilkk

‘Awak tak make up pun masih cantik’

Kredit: TikTok @doyandairymilkk

Tak kurang juga yang meminta untuk wanita ini membuat tutorial solekan:

‘Tolong buat tutorial solekan ya’

Kredit: TikTok @doyandairymilkk

Sumber: @doyandairymilkk

Zahirah