Siakap Keli
Kredit: Syauqatul Wardah

Keluarga Rayu Cari Anak Gadis Hilang Sejak 19 November

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang gadis dari Kemaman berusia 22 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya, sejak awal pagi 19 November lalu.

Kehilangan Nur Haisyah Hassim itu disedari oleh ahli keluarganya di rumah mereka di Kg Pengkalan Binjai sebelum laporan polis dibuat.

Menerusi perkongsian oleh kakak mangsa di Facebook Syauqatul Wardah, sehingga ke hari ini mereka sekeluarga masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai kehilangan Nur Haisyah.

Justeru itu, keluarga mangsa merayu bantuan orang ramai untuk menghubungi mereka sekiranya terlihat kelibat Nur Haisyah seperti maklumat yang tertera dalam perkongsian asal di bawah.

Hebahan orang hilang

Assalamualaikum wbt, kami sekeluarga dengan rendah diri ingin meminta bantuan daripada anda semua untuk menolong kami mencari seorang adik perempuan yang disedari hilang dari rumah sejak awal pagi jumaat 19/11/2021.

Report polis telah pun dibuat.

Sehingga hari ni masih belum ada apa-apa perkembangan lagi.

  • Nama: Nur Haisyah binti Hassim
  • Umur: 22 tahun
  • Alamat rumah: Kg Pengkalan Binjai, Kemaman
  • Tarikh hilang: 19/11/2021
Gambar: FB Syauqatul Wardah

Sekiranya ada ternampak atau terjumpa adik perempuan kami, mohon untuk hubungi kami di nombor berikut: 01159094857 atau 0183773313.

Mohon untuk share / sebarkan juga berita ni.

Hanya Allah SWT yang dapat balas jasa baik / pertolongan anda semua.

Terima kasih.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat terkini mengenai Nur Haisyah, anda juga boleh menghubungi sumber melalui Facebook Syauqatul Wardah.

Sumber: FB Syauqatul Wardah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.