Dalam fasa sekarang, ujian saringan Covid-19 antara yang paling penting dan utama sebelum melakukan pekerjaan yang melibatkan dua individu atau lebih.
Namun, pernah tak korang alami di mana keputusan PCR Covid-19 berlaku perbezaan yang ketara iaitu jika korang sudah melakukan ujian Covid-19 hari ini dan keputusannya adalah negatif namun keesokan harinya pula positif?
Kalau korang pernah alami situasi sebegini, jom dengar penjelasan daripada pemilik Tiktok Pak Cik Bakar Baharom iaitu seorang petugas makmal dalam sektor perubatan, Muhammad Noor.
Menurutnya dalam video ini, jika pesakit pernah dijangkiti wabak Covid-19, keputusan ujian akan positif sehingga dua ke tiga bulan selepas itu. Dalam rekod PCR, pihak makmal tidak akan menulis sama ada ia ‘reactive’ atau positif sebaliknya ‘dikesan’ atau ‘tidak dikesan’.
“Jadi kenapa harini saya buat positif dan semalam negatif?”
Jawapannya adalah ia sebenarnya bergantung sama ada virus itu ada dalam badan atau bergantung kepada ‘tukang ambil sample’ itu juga. Ia akan jadi bermacam-macam faktor.
Untuk penjelasan lebih lanjut, korang boleh tonton video di bawah.
@dodosentoso Result PCR berbeza semalam dan hari.? Antara sebabnya adalah…tinggalkan soalan anda di ruangan komen dan jangan lupa share.!! #fyp #cikgulab
♬ original sound – Pak Cik Bakar Baharo – Pak Cik Bakar Baharo
Sumber: Muhammad Noor