Berpuluh-puluh pelajar keracunan makanan selepas makan makanan tengah hari sekolah yang disediakan oleh syarikat katering. Tiga orang daripadanya telah dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk mendapatkan rawatan, lapor South China Morning Post.
Kejadian berlaku disebabkan penyediaan makanan oleh syarikat katering tersebut yang dipercayai tidak mempunyai lesen perniagaan makanan yang sepatutnya.
Pihak berkuasa China didakwa telah menahan dua majikan syarikat katering dan empat pegawai kerajaan yang terlibat selepas berpuluh-puluh pelajar dimasukkan ke hospital pada minggu lalu.
Insiden itu dikatakan telah meningkatkan penelitian terhadap katerer, cawangan Henan Beijing. Pihak berkuasa telah mendapati bahawa syarikat katering itu tidak mempunyai lesen perniagaan makanan yang diperlukan.
Dua pegawai daripada pihak berkuasa pendidikan tempatan dan dua lagi daripada pihak berkuasa penyeliaan pasaran didakwa sedang disiasat untuk mengetahui punca kejadian ini.
Berdasarkan laporan Social China Morning Post, syarikat katering tersebut diarahkan untuk menggantungkan perkhidmatannya dan syarikat baharu akan mengendalikan penyediaan makanan tengah hari baharu kepada sekolah tersebut.
Menurut Beijing News, pelajar telah dihantar ke hospital. Kebanyakan daripada mereka telah pulih dengan cepat dan ada tiga orang diantaranya terpaksa ditahan di hospital selama tiga hari.
Wang Yong, guru besar sekolah itu berkata beliau tidak dapat menukar syarikat katering itu. Walaupun kualiti makanan tidak bagus, tetapi ia telah diperuntukkan kepada sekolah oleh biro pendidikan tempatan.
“Pelajar saya berada di hospital dan saya bukanlah seorang guru besar yang baik,” jelasnya semasa ditemu bual.
Tambahnya, ramai ibu bapa mengadu mengenai perkara ini, namun dia tidak dapat menggantikan katerer.
Menurut sumber laporan, makanan tersebut dikatakan mengandungi jumlah E coli yang berlebihan dan boleh menyebabkan cirit-birit, muntah dan sakit perut.
“Tauhu dalam makan tengah hari itu rosak dan menjadi masam dan ada bau busuk pada daging,” kata seorang pelajar kepada Henan TV.
Sumber : South China Morning Post