Siakap Keli

‘Smartwatch’ Selamatkan Nyawa Seorang Wanita? Ini 3 Cara Penting Jam Pintar Boleh Menyelamatkan Dan Meningkatkan Kesihatan Korang

Teknologi pembuatan jam tangan pintar atau smartwatch kini menjangkau evolusi apabila pengeluar jenama elektronik berlumba-lumba menghasilkan rekaan yang paling canggih dengan fungsi terhebat. Antara fungsi smartwatch yang sememangnya menarik perhatian adalah pemantauan kesihatan badan kita.

Bagi korang terutamanya golongan muda pula, fungsi ini berkemungkinan antara yang menarik minat mereka yang mementingkan kesihatan. Macam tak percaya je kan? Betul ke, pemakaian jam tangan pintar boleh bantu kita untuk sentiasa alert dengan perubahan kesihatan dalam badan kita? Contohnya macam heart rate kita, kandungan oksigen dalam badan, dan pelbagai lagi.

Korang tahu tak, selain menjaga kadar denyutan jantung, ada tiga cara penting yang smartwatch boleh buat untuk meningkatkan kesihatan korang iaitu:

Menggalakkan gaya hidup yang aktif

Dengan adanya pelbagai aplikasi kecergasan, korang boleh memulakan rutin kecergasan mengikut waktu yang korang rasa sesuai. Peranti smartwatch juga akan bantu menghantar gentle reminder untuk korang supaya korang tak lupa untuk terus mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Contoh yang korang boleh tengok ialah menerusi koleksi-koleksi smartwatch keluaran Garmin Malaysia seperti Venu 2 dan Venu 2S. Kedua-dua koleksi ni mempunyai fungsi yang menarik di mana ia membantu korang melakukan aktiviti-aktiviti sihat kegemaran korang seperti berjoging, yoga dan berbasikal.

Antara fungsi yang ada ialah Strength Training yang mempunyai built-in workouts yang boleh korang ikuti. Korang juga boleh memuat turun latihan kegemaran korang melalui aplikasi Garmin Connect.

Fitness Age pula adalah fungsi yang boleh menganggarkan perbandingan antara tahap kecergasan dengan umur sebenar korang. Fungsi ini akan menggunakan kronologi umur, aktiviti-aktiviti kecergasan korang, kadar denyutan jantung dan BMI atau peratusan lemak badan untuk menganggarkan sama ada badan korang lebih muda atau lebih tua daripada umur.

Menawarkan data penjagaan kesihatan

Seorang wanita Michigan bernama Diane Feenstra telah menyatakan pada bulan Julai yang lalu bahawa smartwatch yang dipakai berjaya menyelamatkan nyawanya dengan memberitahu bahawa kadar denyutan jantung wanita itu tinggi.

Feenstra kemudiannya bertemu dengan seorang doktor dan doktor tersebut mengatakan bahawa Feenstra telah mengalami serangan jantung. Hasil analisis mengesahkan yang wanita itu mengalami penyumbatan penuh dalam arteri widowmaker dan prosedur stent berjaya dilakukan untuk membaiki keadaan jantungnya semula.

Kalau nak tahu, pemakaian smartwatch mampu memberikan info tentang tahap kesihatan korang melalui data. Korang boleh menetapkan smartwatch korang untuk ketahui kualiti tidur, kadar denyutan nadi, aktiviti fizikal dan pelbagai lagi maklumat kesihatan. Seterusnya, korang boleh berkongsi data tersebut dengan doktor untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kesihatan korang secara menyeluruh.

Vívomove Style antara smartwatch yang mempunyai fungsi bersesuaian seperti Cardivascular Function di mana ia merekod kadar degupan jantung (heart rate) semasa korang rehat ataupun melakukan aktiviti harian.

Manakala fungsi Stress Tracking pula boleh bantu korang mengetahui sama ada korang mengalami hari yang tenang, seimbang atau stres. Fungsi ini juga mempunyai Relax Reminders yang akan menggalakkan korang meluangkan sedikit masa untuk relaks jika korang menghadapi stres yang tinggi.

Mampu menjadi fitness tracker yang baik 

Kebanyakan smartwatch semestinya mempunyai fitness tracker sebagai ciri utama. Ciri ini akan membantu korang untuk terus keep up dengan aktiviti kecergasan korang. Antaranya, ia boleh mengira langkah, jarak, kalori, kadar denyutan jantung, kadar nadi dan waktu tidur agar korang sentiasa dalam keadaan yang sihat dan cergas.

Boleh dikatakan, smartwatch Venu Sq dan Lily antara yang mempunyai fitness tracker terbaik. Ada beberapa fungsi unik yang sangat membantu korang terutamanya ketika bersenam seperti Pulse OX di mana ia membantu mengukur oxygen saturation concentration sepanjang aktiviti kecergasan korang.

Menariknya, koleksi-koleksi ini juga mempunyai fungsi Sleep Monitoring yang boleh bantu korang menganalisis kadar denyutan jantung, tahap oxygen saturation, kadar pernafasan dan data aktiviti semasa korang tidur.

Bagi korang yang nak alert tentang pengambilan air harian korang terutamanya selepas bersenam, kedua-dua smartwatch tersebut mempunyai fungsi Stay Hydrated untuk mengingatkan korang agar sentiasa kekal hidrat. Korang juga boleh melaraskan sasaran penghidratan korang secara automatik berdasarkan jumlah peluh semasa korang melakukan pelbagai aktiviti kecergasan.

Berminat? Jadi tunggu apa lagi? Cepat dapatkan koleksi smartwatch Garmin Malaysia idaman korang sekarang! Menariknya, mereka juga ada menyediakan promosi diskaun istimewa pada 12/12 dan bulan Disember ini! Ketahui lebih lanjut mengenai koleksi Garmin yang korang berminat di laman web Garmin yang disediakan ini. Bukan itu sahaja, korang juga boleh ikuti sebarang perkembangan mengenai smartwatch jenama Garmin Malaysia melalui akaun media sosial rasmi mereka di Facebook dan Instagram. Ingat! Health Is A Choice, Choose Garmin!

Adib Mohd