Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Setiap orang pasti akan suka dengan sesuatu yang manis sama ada makanan, minuman atau apa sahaja. Namun, tahukah anda sesuatu benda manis yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan anda berisiko untuk mendapatkan banyak jenis penyakit.
Hello Doktor telah berkongsi satu artikel berkaitan sembilan jenis penyakit yang menyebabkan seseorang berisiko untuk mendapatkannya. Meskipun tidak diketahui sebelum ini, sudah menjadi tanggungjawab anda kini untuk mengetahuinya dengan cara membaca artikel ini sehingga habis demi kebaikan bersama.
Suka Makanan Manis? AWAS! Anda Berisiko Dapat 9 Penyakit Ini
Boleh dikatakan kebanyakan individu menyukai makanan manis. Namun kesan pengambilan gula berlebihan boleh meningkatkan risiko 9 masalah kesihatan ini. Jom ambil tahu mengenainya…
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Gula berlebihan punca masalah kesihatan
Gula memang manis tetapi pengambilan secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan anda.
Amnya, makanan lengkap seperti buah-buahan, sayuran, tenusu dan bijirin yang mempunyai gula semula jadi ini membuatkan badan mencerna karbohidrat dengan perlahan supaya sel mendapat bekalan tenaga yang stabil.
Sebaliknya, gula tambahan yang kebanyakannya terdapat dalam makanan dan minuman dibungkus – ia tidak diperlukan oleh tubuh langsung.
Namun masalah pengambilan gula yang berlebihan ini sangat mudah terjadi, contohnya 1 tin air soda mengandungi 10 sudu teh gula dan langsung tidak memberikan manfaat.
Kredit: Hello Doktor
9 kesan pengambilan gula berlebihan
Berikut antara sebab mengapa mengambil terlalu banyak gula tidak bagus untuk tahap kesihatan:
1. Pertambahan berat badan
Masalah obesiti semakin meningkat dan gula tambahan terutamanya daripada minuman manis merupakan antara punca utamanya.
Minuman manis seperti soda dan jus sarat dengan fruktosa, iaitu sejenis gula ringkas.
Pengambilan fruktosa meningkatkan rasa lapar dan keinginan untuk makan lebih banyak glukosa – gula utama yang terdapat dalam makanan berkanji.
Ia juga meningkatkan jumlah lemak viseral – lemak dalam perut yang dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.
Kredit: Hello Doktor
2. Risiko penyakit jantung meningkat kesan pengambilan gula berlebihan
Diet tinggi gula boleh menyebabkan obesiti, keradangan dan peningkatan paras trigliserida, gula dalam darah serta tekanan darah – faktor risiko penyakit jantung.
Mengambil terlalu banyak gula, terutamanya daripada minuman manis dikaitkan dengan aterosklerosis – penyakit dicirikan oleh deposit berlemak dan penyumbatan arteri.
3. Risiko menghidap diabetes jenis 2
Walaupun banyak faktor boleh menyumbang kepada keadaan ini, namun wujud hubungan jelas antara pengambilan gula berlebihan dengan diabetes.
Obesiti sering terjadi disebabkan pengambilan terlalu banyak gula, merupakan punca paling kuat untuk mengalami masalah kesihatan kencing manis.
Pengambilan gula berlebihan untuk tempoh yang panjang mendorong kepada rintangan insulin – hormon yang dihasilkan pankreas untuk mengawal glukosa.
Mengambil gula dengan berlebihan turut meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kanser.
Selain menjadi punca obesiti, diet tinggi gula juga meningkatkan keradangan dalam tubuh dan boleh menyebabkan rintangan insulin – ketiga-tiganya meningkatkan risiko kanser.
5. Risiko kemurungan meningkat
Berlawanan dengan diet sihat yang membantu meningkatkan emosi, diet tinggi gula tambahan dan makanan diproses seperti kek dan minuman boleh meningkatkan peluang untuk mengalami kemurungan dalam kalangan lelaki dan wanita.
6. Cepat kehabisan tenaga
Kesan pengambilan gula berlebihan menyebabkan kadar gula darah dan insulin naik mendadak, yang membawa kepada peningkatan tenaga. Namun, lonjakan tenaga ini adalah untuk tempoh sekejap – dikenali sebagai sugar crush.
Kesannya anda akan lebih kerap mengantuk.
#7. Percepatkan proses penuaan kulit
Kedutan yang terjadi seiring peningkatan usia adalah perkara biasa. Namun diet yang tidak sihat boleh memburukkan lagi kedutan dan mempercepatkan proses penuaan tersebut.
Advanced glycation end products (AGEs) – sebatian yang terbentuk daripada tindak balas antara gula dan protein dalam tubuh, dipercayai penyumbang kepada penuaan kulit.
Diet tinggi karbohidrat dan gula bertapis membawa kepada penghasilan AGE, menyebabkan kulit menua lebih awal.
AGE merosakkan kolagen dan elastin – protein yang membantu menganjalkan dan mengekalkan keremajaan kulit.
8. Hati berlemak
Pengambilan fruktosa tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko hati berlemak. Ini kerana fruktosa hanya dicernakan oleh hati.
Di dalam hati, fruktosa ditukar kepada tenaga atau disimpan sebagai glikogen. Namun jumlah glikogen berlebihan akan bertukar menjadi lemak.
Kebanyakan gula tambahan adalah dalam bentuk fruktosa yang membebankan hati dan meningkatkan risiko penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) – keadaan dicirikan dengan pengumpulan lemak berlebihan dalam hati.
9. Masalah kesihatan lain
Selain risiko yang disenaraikan di atas, kesan pengambilan gula berlebihan boleh dilihat dari aspek lain, seperti:
Meningkatkan risiko penyakit buah pinggang: Mempunyai paras gula darah tinggi secara konsisten boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah halus dalam buah pinggang
Kesan negatif kepada kesihatan pergigian: Makanan tinggi gula boleh menyebabkan gigi berlubang
Meningkatkan risiko menghidap gout: Gout merupakan keradangan yang dicirikan dengan rasa sakit pada sendi. Gula tambahan menaikkan paras asid urik dalam darah – meningkatkan risiko mendapat atau memburukkan gejala gout
Percepatkan penurunan kognitif: Diet tinggi gula boleh menyebabkan ingatan terjejas dan dikaitkan dengan peningkatan risiko demensia
Kredit: Hello Doktor
Jika terdapat sebarang keraguan mahupun pertanyaan mengenai kadar pengambilan yang sesuai dengan masalah kesihatan diri, berjumpalah dengan pakar untuk lebih kepastian.
Oleh itu, kurangkanlah pengambilan gula dalam makanan dan minuman yang anda ambil setiap hari. Perkara ini sangatlah membantu anda untuk mendapatkan tubuh badan dan kehidupan yang sihat pada masa akan datang.