Siakap Keli
Gambar hiasan via Amy's Crypt

Tangan Direntap Ke Dalam Almari, Wanita Kongsi Kisah Seram ‘Penunggu Rumah’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kembali lagi kita ke kisah seram SK. Malam ni min nak kongsi satu cerita seram pasal ‘tangan misteri’ dalam almari.  Kisah ni dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang hanya mahu dikenali sebagai N (bukan nama sebenar).

Percaya atau tidak, N mengalami pengalaman mendebarkan ini ketika dia dan anaknya tinggal berdua di rumah, tanpa siapa-siapa yang lain.

Nak tahu ceritanya? Jom ikuti kisah benar oleh Nur di bawah ini.

“Tiba-tiba Ada Tangan Tarik Tangan Aku Untuk Masuk Dalam Almari”

Gambar via Amy’s Crypt

Satu lagi cerita kisah penunggu rumah. Lama tak post cerita sini.

Pengalaman peribadi.

Penunggu ni dah lama jadi penunggu kat rumah ni. Dia tunggu apa aku pun tak tahu. Tunggu kucing terbang kot haha.

Ni cerita agak baru juga la dalam sebulan dua lepas lebih kurang.

Kisahnya mak pak balik kampung maka tinggallah aku dengan anak aku berdua kat rumah.

Macam biasa kita buat hal sendiri. Anak aku tengok Youtube aku lak layan TikTok Shopee Check sambil lipat baju haha.

Masa lipat baju tu aku dah start dengar bunyi orang tumbuk sambal kat bawah dapur. Bilik aku ni atas dapur, so jelas juga la dengar orang tumbuk sambal.

Aku pun ajak anak tidur. Time tu baru jam 10 lebih malam takda la lewat mana pun.

Dalam beberapa minit anak pun lelap, aku pun bangunlah nak simpan baju yang aku lipat tadi.

Aku ke bilik sebelah tempat simpan baju. Bilik ni asal bilik abang long aku tapi dah convert jadi walk-in wardrobe.

Aku tak pasang lampu sebab tak nak silau mata. Lagi pun cahaya dari luar tenang juga. So takdelah gelap mana.

Aku pun buka la pintu almari. Dalam almari ni agak gelaplah. Aku buka almari nak simpan baju aku masukkan tangan dalam almari nak letak baju.

Tiba-tiba ada tangan tarik tangan aku untuk masuk dalam almari!

Sumpah gugur jantung time tu sebab kuat dia tarik seolah menyentap tarik masuk. Aku terjatuh separuh badan masuk dalam almari.

Terkejut tapi cepat-cepat nak bangun lari buka lampu.

Tangan tu grip ada kot dalam 5 ke 8 saat juga pegang lengan.

Aku kan dah terjatuh sebab kena tarik, sentap. Aku nak bangun tu ada aku jerit ‘Allahuakbar!’ Time tu baru dia lepas.

Aku buka lampu tengok dalam almari belek-belek baju takde orang, takda apa-apa pun.

Aku pun pasang la audio Ruqyah sampai ke pagi.

Sekian cerita. Takda la takut sangat cerita pun macam berbelit lak rasa..

Sumber: N

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'