Setiap bangsa di dunia ini mempunyai keunikan tradisi masing-masing. Dari segi pemakaian sehinggalah adat istiadat, pastinya mampu menarik perhatian orang ramai untuk melihat dan merasainya sendiri. Tetapi, pernah tak korang dengar tentang satu tradisi di mana nama anda mempunyai lagu tersendiri?
Mesti jarangkan dengar perkara ini. Kalau ada pun, hanya nama-nama tertentu sahaja. Itu pun digubah secara umum sahaja tanpa merujuk sesiapa.
Walau bagaimanapun, ia digunakan di sebuah perkampungan terpencil di India. Konthong merupakan salah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan berbukit negeri Menghalaya di India. Keunikan tradisi mereka telah diamalkan sejak berabad-abad dahulu di mana setiap penduduk diberi nama dan lagu semasa lahir. Kedua-dua ciri tersebut merupakan identiti mereka sejak lahir.

Baru-baru ini, Konthong memperoleh pencalonan tempat pertama bagi peraduan ‘Perkampungan Pelancongan Terbaik’ oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Pencalonan yang dilakukan adalah berdasarkan keindahan semula jadi dan penghuninya yang mesra serta tradisi penamaan yang unik. Seramai 650 orang atau lebih di Konthong mempunyai nama biasa yang mereka gunakan untuk tujuan rasmi serta lagu unik yang digubah oleh ibu bapa mereka semasa lahir.
Lagu-lagu tersebut dikatakan dibuat khas untuk mereka sebagai identiti mereka sehinggalah mereka meninggal dunia. Disebabkan kesemua penduduknya mempunyai lagu bagi nama mereka sendiri, maka komuniti itu telah dikenali sebagai India’s Whistling Village.
“Ia adalah lambang kasih sayang dan kegembiraan ibu yang tidak terkawal atas kelahiran anaknya. Seperti lagu dari hati ibu, yang penuh dengan kelembutan. Ia seperti lagu untuk mendodoikan anak,” kata Shidiap Khongsit semasa ditemu bual.
Digelar sebagai jingrwai iawbei atau ‘lagu nenek’, nama lagu tersebut telah menjadi tradisi di Kongthong untuk diingati semua orang. Tiga puak yang memanggil kampung ini sebagai rumah dahulu percaya bahawa kegunaan lagu tersebut dapat menjauhkan roh hajat. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak dapat membezakan antara mereka dan penggilan haiwan.
Selama bertahun-tahu, lagu-lagu seperti wisel itu semakin berfungsi dan ia memudahkan penduduk tempatan memanggil antara satu sama lain walaupun berada dalam jarak yang jauh.
Setiap bayi yang baru lahir di Kongthing akan diberikan jingrwai iawbei yang unik oleh ibu mereka. Teknikalnya, mereka akan mempunyai dua versi, iaitu versi pendek untuk dipanggil dalam jarak dekat, manakala versi panjang dinyanyikan di medan atau memanggil orang yang berada di gunung atau lembah.
Jelas Shidiap, tiada sesiapa yang mengetahui tradisi ini bermula dan kebanyakan mengatakan ia telah wujud sejak perkampungan itu ada.
“Kongthong sendiri telah lama wujud sebelum kerajaan Sohra dibangunkan oleh rakyat ini dan dari kampung di kawasan itu.
Setiap orang di Kongthong mempelajari kedua-dua nyanyian nama sendiri, nama keluarga dan rakan mereka sama seperti kita belajar, mendengar sejak lahir dan menyebut atau menyanyi dengan kerap.

Seperti kebanyakan pedalaman lain di India, Kongthong juga menyaksikan perpindahan besar-besaran belia sejak beberapa tahun lalu. Mereka berpindah ke kawasan bandar Shilong yang terletak kira-kira 60 kilometer dari kampung untuk mencari pekerjaan. Sebahagian besar daripada perpindahan tersebut telah mengancam tradisi siulan nama ini.
Pendedahan keunikan tradisi mereka ini telah menarik ramai pelancong untuk datang ke sini dan mendengar sendiri nama-nama yang dinyanyikan oleh penduduk tempatan. Ada juga yang mengagumi keindahan persekitaran yang semula jadi di perkampungan itu.
Bukan di Kongthong sahaja, tradisi siulan ini ada juga diamalkan di sebuah perkampungan kecil di Turki, Kuşköy. Di kampung itu, orang ramai menggunakan bunyi siulan khas sebagai komunikasi dalam jarak yang jauh.
Sumber : Oddity Central