Adakah badan mayat akan di bersihkan atau di mandikan apabila tiba di rumah mayat? Soalan yang sering di tanya kepada seorang pengarah dan pengurus rumah pengebumian, Ellie Hollis di Amerika Syarikat.
Eileen merupakan salah seorang wanita muda yang bekerja dalam bidang pengebumian di Amerika Syarikat. Berkaitan dengan bidang pekerjaannya itu, dia telah membuka sebuah akaun TikTok untuk berkongsikan ‘rahsia’ perniagaannya dengan trend #DeathTok.
Dalam salah satu videonya, Eileen di tanya oleh warganet di ruangan komen apa yang mereka akan lakukan untuk membersihkan mayat yang tiba di rumah mayat.
Eileen menjawab dan menjelaskan apa yang mereka lakukan,
“Adalah sangat penting untuk pengurus rumah mayat memandikan mayat secara keseluruhan.”
“Di sekolah rumah mayat, kami di ajar cara membersihkan badan mayat melalui tiga peringkat. Cucian kali pertama pada awalnya, kemudian yang kedua semasa pembalseman (embalming) sebenar semasa kami menyuntik, dan kali ketiga semasa akhir proses supaya mayat akan jadi lebih bersih,” terang Eileen.
Tambahan lagi, selain menghilangkan sebarang bau yang tidak menyenangkan dan tanda, proses pembersihan juga dapat membantu “bahan kimia pembalseman mengedar ke seluruh badan mayat.”
Seterusnya, Eileen menjawab pertanyaan warganet yang bertanya sama ada mereka akan mencukur bulu roma di muka mayat atau apa akan mereka lakukan jika mayat memiliki banyak bulu muka?
“Bagi bulu di bahagian muka, ya saya akan bersihkan dan cukur ia. Tapi saya tidak akan mencabut bulu kening kerana saya tidak mahu muka mereka kemerahan
Sekiranya mayat tidak ada bulu muka pun, saya tetap akan meniliki muka mereka dan mencukurnya. Hal ini kerana, solekan akan mudah di terapkan dan lebih cantik,” katanya panjang lebar di dalam video tersebut.
Namun begitu, jika muka mayat ada janggut atau misai, Eileen akan bertanya pendapat ahli keluarga sebelum mencukurnya. Ini kerana kadang-kadang janggut atau misai tersebut merupakan identiti seseorang.
@hollisfuneralhome Reply to @natashabilodeau23 #embalming #facialhair #makeupremoval
Sumber: The Sun