Siakap Keli
Kredit: Hello Doktor

“Hanya Dengan Menggunakan Rawatan Rumah Dan Ubat…” Ini Tujuh Cara Untuk Melegakan Pedih Hulu Hati Dengan Cepat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti anda pernah rasa sakit di bahagian hulu sakit sehingga membuatkan anda tidak selesa. Anda juga terpaksa berhenti daripada melakukan apa-apa kerja kerana sakit menahan rasa sakit tersebut. Meskipun ramai yang mengetahui penyakit tersebut sebagai penyakit pedih hulu hati, namun tak ramai yang tahu apa kaedah yang boleh digunakan untuk menghilangkan rasa sakit tersebut.

Hello Doktor berkongsi satu artikel berkaitan tujuh cara cepat untuk melegakan rasa sakit pedih hulu hati dengan menggunakan rawatan rumah dan ubat sahaja. Jom sama-sama kita baca untuk diamalkan dikemudian hari.

Selalu Rasa Pedih Ulu Hati? Ini 7 Cara Cepat Legakannya Guna Rawatan Rumah & Ubat

Simptom utama asid refluks (GERD) adalah pedih ulu hati dan ia mendatangkan ketidakselesaan. Tapi ada cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat boleh dicuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkan di sini.

Masalah asid refluks

Penyakit refluks gastroesofageal atau asid refluks adalah keadaan yang boleh dicegah sepenuhnya.

Ia berlaku apabila asid dalam perut naik semula ke esofagus – tiub yang menghubungkan tekak dan bahagian perut – sekali gus menyebabkan terjadinya pedih ulu hati.

Mungkin ada yang berasakan keadaan tersebut tidak berbahaya. Betul!

Tetapi jika dibiarkan, lama kelamaan, asid dalam perut ini boleh merosakkan lapisan esofagus dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit, seperti kanser esofagus.

Ada cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat, sama ada melalui rawatan di rumah mahupun dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Walau bagaimanapun, kaedah yang dikongsikan mungkin memberikan kesan yang berbeza bagi setiap individu.

Cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat

Berikut terdapat 6 petua boleh dicuba untuk mengatasi masalah pedih ulu hati yang dialami:

Rawatan di rumah

Anda boleh mencuba rawatan di rumah berikut untuk mengurangkan gejala asid refluks.

Cara menghilangkan pedih ulu hati #Amalan kehidupan harian

Kebanyakan pakar akan mengesyorkan pesakit dengan pedih ulu hati untuk melakukan perubahan gaya hidup bagi mencegah simptom asid refluks dan mengelakkan sebarang komplikasi.

Menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disease (NIDDK), ini termasuklah:

  • Mengurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan lemak, seperti makanan segera dan makanan yang diproses
  • Menghindari pengambilan makanan dan minuman yang boleh mendatangkan kerengsaan. Contohnya, bawang mentah, minuman berkafein dan berkarbonat
  • Mengelakkan tabiat makan secara berlebihan
  • Berhenti merokok
  • Mengekalkan berat badan seimbang dan sederhana
  • Memakai pakaian yang longgar, terutamanya pada bahagian perut
  • Mengelakkan pengambilan sebarang hidangan makanan berat, terutamanya 2 hingga 3 jam sebelum tidur
#Larutan baking soda

Baking soda dipercayai dapat membantu melegakan pedih ulu hati.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan melarutkan satu sudu teh baking soda ke dalam secawan air. Ia dikatakan dapat meneutralkan asid.

Pun begitu, soda penaik ini mengandungi natrium. Pengambilan secara berlebihan boleh mengubah keseimbangan asid dalam darah.

Jadi disarankan sebelum mencuba, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

#Pisang

Siapa yang tidak pernah makan pisang?

Pisang dikatakan mengandungi antasid semula jadi – yang membantu meneutralkan asid di dalam perut.

Jadi cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat adalah dengan memakan pisang setiap hari.

Jika tiada pisang, epal boleh dianggap sebagai pengganti yang terbaik!

Rawatan perubatan: Cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat

Selain rawatan di rumah, sudah tentu terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat gejala asid refluks ini.

#Antasid

Antasid berfungsi meneutralkan asid di dalam perut, sekali gus ia dapat melegakan refluks asid.

Ubat yang boleh dibeli di farmasi (over-the-counter, OTC) mengandungi garam kalsium, magnesium atau aluminium.

Kebiasaannya, pengambilan antasid disarankan selepas makan.

#Histamine-2 receptor antagonists
Kredit: Hello Doktor

Ubat antagonis reseptor histamin-2 ini berfungsi mengikat reseptor histamin-2 pada perut, sekali gus menyekat pembebasan asid dalam perut.

Biasanya, pengambilan ubat dikatakan boleh memberikan kelegaan gejala dengan segera.

Ia juga boleh diambil dalam tempoh 30 hingga 60 minit sebelum pengambilan makanan atau minuman yang boleh menyebabkan asid refluks.

Food and Drug Administration (FDA) telah meluluskan 4 jenis antagonis reseptor histamin-2:

  • Cimetidine
  • Famotidine
  • Ranitidine
  • Nizatidine

Sesetengah ubat jenis ini tersedia tanpa memerlukan preskripsi.

Pun begitu, dinasihatkan untuk anda melakukan perbincangan dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat.

Ini kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan dan mengganggu ubat lain yang diambil.

#Perencat pam proton

Proton pump inhibitors dipercayai dapat mengurangkan rembesan asid di dalam perut.

Ia dikatakan akan memberi kesan kepada sel parietal pada perut, yang mengandungi pam proton.

Menyekat tindak balas pam proton adalah langkah terakhir untuk menghalang rembesan asid di dalam perut.

Cara menghilangkan pedih ulu hati semasa hamil

Bagaimana pula jika ada ibu mengandung yang berdepan masalah asid refluks? Adakah boleh dirawat menggunakan ubat seperti individu lain?

Bagi ibu hamil, masalah pedih ulu hati berlaku kerana peningkatan tahap progesteron, anjakan sfinkter esofagus bawah dan tekanan yang dihasilkan daripada janin sedang membesar.

Biasanya doktor akan mengesyorkan perubahan diet sama ada dengan pengambilan ubatan atau tanpa ubat.

Makan makanan dalam hidangan kecil dan lebih kerap, elak makan lewat malam atau snek ringan serta menghindari pencetus asid refluks mungkin dapat membantu.

Selain itu, cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat melalui pengambilan ubatan semasa kehamilan adalah sama dengan individu yang tidak hamil.

Antasid, antagonis reseptor histamin-2 dan perencat pam proton adalah selamat dan berkesan untuk wanita hamil.

Tetapi anda disarankan untuk mendapatkan rundingan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubatan.

Kredit: Hello Doktor

Berkesan ke cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat?

Masalah asid refluks yang menjadi punca kepada gejala pedih ulu hati adalah gangguan pencernaan biasa.

Anda boleh mencuba cara rawatan di rumah ataupun pengambilan ubatan untuk mengatasinya.

Sekiranya gejala masih berlanjutan, ia mungkin petanda masalah pencernaan yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan.

Lakukan pemeriksaan doktor segera!

Lepasni akan lebih mudah untuk anda semua merawat atau melegakan rasa pedih hulu hati ini hanya dengan menggunakan rawatan rumah dan ubat sedia ada.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hello Doktor

Akhmar Ikmal