Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mengesahkan bahawa Restoran New Hollywood di Ipoh bukan pemegang sijil halal Malaysia.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman web, JAIP juga menasihatkan orang ramai untuk memastikan premis tersebut ada Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya merasa was-was.
“Jangan mudah terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana tanda halal diberikan jika operasi dan bahan makanan menepati syariat.
“Orang Islam wajib memastikan semua makanan dan minuman bersih, suci dan halal,” kata JAIP menerusi kenyataan ringkas itu.
Kenyataan itu merupakan susulan daripada pertanyaan netizen yang melihat ramai orang Islam berkunjung di kedai itu untuk makan, malah ia juga menjadi salah satu daripada restoran popular dalam kalangan food hunter yang melancong di negeri itu.
Sumber: Jabatan Agama Islam Perak