Siakap Keli
Foto: Nurulasyikin Jamaludin

“Kantung Tu Orang Cakap Kelenjar Tapi..,” Rupanya Kena Buang Kelenjar Tu Elak Bau Hanyir Najis Ayam

Ramai yang suka makan bahagian peha ayam atau thigh. Masak apa sahaja memang sedap, dengan isi yang lembut dan berlemak memang terbaik. Rasanya yang enak ditambah dengan kulit yang lembut dan garing bila di goreng ranggup.

Tetapi, pernah tak korang makan ayam yang dimasak tapi masih berbau? Rupanya ada cara nak bersihkan ayam jika tak nak berbau najis dan hanyir. Tambah-tambah lagi pada bahagian thigh ini. Mungkin ramai yang masih tak perasan tentang perkara ini.

Jadi, SK nak kongsikan tips menarik daripada Nurulasyikin Jamaludin yang berkongsi cara bersihkan ayam bahagian thigh dengan cara yang betul dan tidak berau hanyir ketika makan.

Salam warga MAHN semua, pekabo…lama tak mengepost, ada sikit perkongsian tips pembersihan ayam supaya tak berbau najis dan hanyir(bau reban).

Sebelum ni saya dah share kat wall saya, harini baru nak tepek kat wall sini pulak, maklumla lama nak menaip nih.

Ok la… kalau nak elakkan ayam bau najis, sila buang kantung bulat yang saya bulatkan tu. Kantung tu orang cakap kelenjar tapi memang berbau najis.

Kebanyakan kantung tu berbentuk separuh bulat sebab dah terpecah masa ayam diproses. Jadi, kene perati betul-betul sebab warna kantung tu macam warna daging ayam. Kedudukannya betul-betul kat bawah bulu ayam tu. Buang jangan tak buang gais.

Cepit sikit dengan pisau, pastu tolak jer.

Kantoi kat kedai makan saya terjumpa mende ni kat ayam goreng depa, patutla bau semacam. Tobat tak pergi dah. Buang juga bahagian-bahagian yang geleber bawah thigh tu dan juga bahagian yg anda tak suka juga yang part kotor (paru-paru dia paling kuat bau).

Last sekali, cuci ayam pakai air yang dicampur tepung gandum (tepung lain boleh jugak, tapi tepung gandum paling berkesan).

Letak sesudu pun dah ok, gaul dan bilas, anda boleh try bau sendiri beza dia sebelum dan selepas, then baru boleh masak apa-apa je yang anda suka yea, gerenti selera sebab dah tak hanyir.

Saya try masak ayam Mandy nih, menu untyk nasi Arab, aummmmm. Boleh cari resepi kat Google. Semoga perkongsian ni berguna untuk anda semua terutama pada yang belum tau tu yea.

Selamat memasak semua.

 

Sumber: Nurulasyikin Jamaludin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.