Ramai peminat-peminat telur masin pastinya akan tidak melepaskan peluang untuk menjamah hidangan yang menggunakan telur masin di dalamnya. Telur masin ini sangat terkenal sebagai penambah selera.
Contohnya, kalau dalam pinggan tu dah lengkap dengan segala lauk pauk, perkara terakhir untuk melengkapkan juadah makan khususnya pada tengah hari pastinya adalah telur masin. Sama juga seperti bubur nasi, kalau ada telur masin pastinya akan dapat menambah selera dan melengkapkan hidangan bubur tersebut.
Selain daripada itu juga, kalau nak masak udang mentega telur masin atau pun lebih popular dikenali sebagai “Buttermilk Prawn with Salted Egg” juga, salah satu bahan yang paling penting perlu ada dalam hidangan itu sudah pastinya telur masin.
Kadang-kadang agak susah nak cari dan sediakan telur masin masa tengah masak tu kan. Tapi sekarang ni ada berita baik pada anda yang tak jumpa-jumpa nak cari telur masin tu.
Ini kerana, syarikat Bestari ada mengeluarkan produk serbuk telur masin yang dikenali sebagai BESTARI Campuran Telur Masin. Dalam serbuk tu dah siap-siap ada telur masin dah, tak payah nak susah-susah cari telur masin lagi. Nak masak hidangan yang menggunakan telur masin pun dah jadi mudah.
Pasti ramai nak tahu macam mana nak pakai produk ni dalam hidangan kan? Kalau nak tahu, ikuti bahan serta cara untuk masak udang mentega telur masin ni seperti yang dikongsikan oleh warganet ini:
Assalamualaikum. Hi, apa khabar semua? Harini Ummi nak kongsi resipi kegemaran Ummi iaitu Udang Mentega Telur Masin. Bahan-bahan dia sangat mudah untuk didapati.
Kalau takde telur masin tu, pakai je tepung BESTARI Campuran Telur Masin. Senang nak dapat, kat mana-mana pasaraya pun ada. Ni rahsia Ummi nak kongsi, lain guna serbuk BESTARI ni, masakan dia pasti akan jadi sedap lebih kurang sama mcm style kedai seafood cina. Kalau tak percaya, cubalah sendiri.
Bahan-Bahan:
Udang 100g
BESTARI Campuran Telur Masin 10 sb (100g)
BESTARI Tepung Goreng Ayam (Asli/Pedas) 150g
Air 100ml
Marjerin 100g
Bawang Putih 2 sb (24g)
Cili Padi 11/2 sb (14g)
Daun Kari 30 helai (6g)
Susu Sejat 280ml
Gula 2 sb (20g)
Cara Memasak:
- Masukkan BESTARI Tepung Goreng Ayam Asli/Pedas (5 sb/50g) dalam air dan gaulkan sehingga rata.
- Masukkan udang ke dalam campuran di atas dan gaulkan sehingga rata.
- Celupkan udang tersebut ke dalam BESTARI Tepung Ayam Goreng Asli/Pedas dan goreng sehingga masak.
- Di dalam kuali yang lain, tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari dengan Marjerin sehingga naik baunya.
- Masukkan BESTARI Campuran Telur Masin dan gula, kacau sehingga mendidih.
- Tuang susu sejat secara perlahan dan kacau sehingga pekat.
- Masukkan udang yang telah digoreng tadi ke dalam kuah telur masin tersebut dan gaul sehingga rata.
Sesuai digunakan dalam pelbagai menu
Untuk makluman anda, Produk Campuran Telur Masin Keemasan ini sangat sesuai diolah dalam apa jua menu yang berasaskan campuran telur masin. Profil serbuk produk ini tidak mudah berkecah dan mudah digunakan (hanya ambil beberapa sudu) untuk dicampurkan dengan apa jua sajian berasaskan telur masin.
Kelebihan Golden Salted Eggs Seasoning
Produk Campuran Telur Masin Keemasan ini dijamin tahap kebersihan pemprosesannya dan berkualiti tinggi kerana ianya dihasilkan daripada telur masin asli yang diimport dari Eropah.
Pengguna juga tidak perlu risau dan ragu-ragu, di mana Produk Campuran Telur Masin Keemasan ini disahkan dan diktiraf Halal oleh JAKIM dan jangka hayat produk adalah selama 18 bulan. Produk ini terdapat dalam dua pek iaitu 150g (dipek di dalam kotak) dan 800g (pembungkusan pouch) dengan harga yang sangat berpatutan setanding kualiti produk premium ini.
Pek Promo percuma ditawarkan kepada orang ramai
Dapatkan Pek Promo Produk Campuran Telur Masin Keemasan Percuma Tepung
Goreng Rangup Serbaguna (Asli / Pedas) di semua Pasaraya Besar seperti Tesco Lotus’s, AEON, AEON Big, Jaya Grocer, Mydin, Billion, NSK dan lain lain, sementara stok masih ada. Jangan tunggu lagi!
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan resipi serta hidangan telur masin yang boleh dimasak menggunakan tepung BESTARI Campuran Telur Masin ini, layari https://www.bestarifood.com/salted-egg-recipes/