Siakap Keli
Kredit : Instagram andreli_48

(Video) Lelaki Sedang Kejar Pencuri Nyaris Dipukul Penduduk Kampung Kerana Disangka Juga Pencuri

Seorang lelaki hampir dipukul oleh kumpulan rusuhan di Indonesia, lapor Tribun Lampung.

Rakaman video telah dimuat naik menerusi akaun Instagram andreli_48 pada 29 November lalu mendakwa bahawa lelaki itu disalah anggap sebagai pencuri.

Dalam video tersebut, seorang lelaki berbadan besar dengan memakai baju biru segera memeluk lelaki itu.

Menerusi keterangan yang ditulis, lelaki tersebut sedang membantu mengejar pencuri, namun dia pula yang disalah anggap sebagai pencuri.

Hampir sahaja lelaki itu mendapat pukulan daripada orang di situ. Nasibnya baik kerana ada seorang wanita yang menolongnya dengan mengatakan lelaki itu bukan pelaku tersebut.

Selepas itu, lelaki tersbeut dibebaskan, namun dia terduduk dan menangis kerana ketakutan.

Lelaki itu menanggalkan topi keledarnya dan duduk di tepi jalan selepas hampir dipukul dan seorang penduduk turut membantu untuk menenangkan lelaki itu.

Berdasarkan laporan Tribun Lampung, keluarga mangsa berharap dapat berjumpa dengan kumpulan tersebut kerana menyalah anggap anaknya itu.

Sumber : TribunLampung

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.