Siakap Keli
Sumber: TikTok

(Video) Makcik Buat Aksi Berani, Sanggup Dihanyutkan Demi Nak Rakam Ombak Besar

Baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan lagak ‘ngeri’ seorang wanita yang merakam kedatangan ombak besar di pantai, dipercayai berlaku di Indonesia.

Dalam video yang dikongsikan di TikTok Ardinatacol itu, wanita tersebut pada asalnya berdiri di kawasan berumput di tepi laut sambil memegang kemas sebuah kamera beserta monopod di tangan.

Dia tersenyum ke arah kamera sambil menantikan kedatangan ombak besar dari arah laut menuju ke situ, dalam masa sama sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Dalam masa beberapa saat, ombak besar pun tiba dan ‘menghempas’ kawasan tersebut dan wanita itu pun berkata “Dapat pun ombaknya..yang besar,” sambil menjerit gembira.

Setibanya ombak besar di situ, wanita itu dilihat masih mampu mengawal badannya supaya tidak tenggelam. Namun tidak lama kemudian, tubuhnya terjatuh ke dalam air akibat impak ombak itu.

Wanita itu yang tadinya gembira terus bertukar ‘senyap’ apabila dia tertolak ke arah longgokan dahan pokok mati, selain dilihat mencungap-cungap kepenatan akibat tenggelam timbul di situ.

Rakannya yang lain datang ke arahnya. Namun, ‘nyawa’ kamera lebih penting berbanding nyawanya sendiri apabila mereka berteriak berkata “Ambil kamera! Ambil kamera!” ketika itu.

Video berdurasi 29 saat itu turut dikongsikan kembali di Facebook Pak Yayan Mohi dengan kapsyen yang bertulis, “Cuman orang Indonesia yang bole begini.

“Bukan bagini juga kalo mau cari mati tante..soee sekali ini ee, lebe bae depe camera yang selamat daripada depe nyawa. Pongaa,” katanya.

Tekan gambar unuk menonton video.

Sumber: FB Pak Yayan Mohi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.