Siakap Keli
Kredit: Sinar Harian

Persenda OKU Dalam Sosial Media, Polis Kesan 4 Individu Didakwa Terlibat

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, tular video seorang pengguna media sosial didakwa mempersenda dan menyalahgunakan kemudahan khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) apabila mereka mengambil tempat parkir khas untuk golongan tersebut.

Polis mengesan empat individu yang didakwa terlibat dengan kejadian tersebut untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, satu laporan daripada seorang wanita telah diterima oleh pihaknya setelah pengadu menonton klip video berkenaan semasa berada di bangunan Parlimen di sini pada Khamis.

Menurut pengadu, video berkenaan menunjukkan suspek bertindak mengajuk pergerakan dan perbuatan seolah-olah mereka adalah golongan OKU fizikal. Salah satu suspek berlakon tempang sambil membuat bunyi seakan beruk serta bergelak ketawa.

“Video pertama yang dimuat naik telah dilakonkan oleh dua orang lelaki yang berlagak sebagai OKU dan mempersendakan tempat letak kereta OKU di sebuah pusat beli-belah. Suspek juga didapati mengajuk perbuatan OKU selepas berjaya memarkir kenderaan mereka di tempat letak kereta OKU dan menggunakan bahasa kasar dan tidak sopan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah Eng Lai, video kedua pula memaparkan dua suspek wanita yang menyalahgunakan tandas khas OKU di sebuah stesen minyak.

“Pengadu membuat laporan polis untuk siasatan lanjut kerana beranggapan kesemua suspek telah menghina komuniti OKU di Malaysia secara terang-terangan. Suspek juga tanpa rasa bersalah menggunakan warga OKU sebagai bahan untuk menarik perhatian pengguna di media sosial,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.