Gaisss! The Coffee Bean & Tea Leaf® kembali dengan promo best sempena musim cuti Disember ni! Macam setiap tahun, minuman klasik favorite ramai, Double Chocolate Peppermint boleh didapati di semua cawangan CB&TL seluruh Malaysia sepanjang bulan Disember.
Kali ini ada perisa baru Blackcurrant untuk korang cuba. Wow! Semuanya menu edisi terhad, let’s checkout gais!
Okay, bagi penggemar peppermint yang suka Ice Blended®, korang boleh pilih antara dua pilihan sedap iaitu Double Chocolate Peppermint Ice Blended® dan Pure Double Chocolate Peppermint Ice Blended®.
Kalau yang sukakan rasa latte dan koko, ada Double Chocolate Peppermint Latte dan Double Chocolate Peppermint Cocoa, panas atau ais di mana semuanya hanya berharga dari RM16 ke RM18, untuk saiz kecil and saiz regular. Serious sedap and boleh buat korang rasa addicted!
Ha, bagi pencinta kafein, bolehlah cuba Peppermint Nitro Latte (RM16) dengan rasa kafein yang kick, dijamin perfect untuk korang atau peminat teh bolehlah cuba Peppermint Hot Tea, dalam cup (RM9.60) ataupun pot (RM12.50) untuk mereka yang nak menikmati rasa peppermint yang refreshing!
Kepada korang yang suka cari kelainan, musim cuti kali ini CB&TL perkenalkan perisa baru, Blackcurrant yang digabungkan dengan flavor klasik Double Chocolate – ianya boleh didapati dalam variasi Ice Blended® (RM17.30 saiz kecil, RM18.80 saiz regular).
Ada juga pilihan Blackcurrant Cold Brew Sweet Tea atau Sparkling Blackcurrant Cold Brew Tea (RM14.50 saiz kecil, RM16 saiz biasa). Nak tau rasa macam mana, jom try di cawangan CB&TL yang terdekat!
Gais, kalau korang lepak di CB&TL, ha ni antara variasi menu kek dan pastri lazat yang kami recommend untuk korang cuba sepanjang Disember!
Ada sajian istimewa, Snowy Holiday gingerbread village (RM220) atau Warm Winter Log (RM14.90 sekeping, RM149.90 untuk seluruh kek). Bagi yang suka rasa rempah tradisional, Stollen Moments (RM55 setiap satu) yang dicampur buah-buahan, badam dan rempah-rempah tradisional dari negara Jerman atau Jingle Berry Swirl (RM8.50 setiap satu) dengan campuran kranberi, badam dan lemon ini mungkin boleh masuk dalam list korang!




Kek coklat favorite ramai yang penuh dengan coklat mousse dan ganache, Happy Holiday Log (RM14.90 sekeping, RM149.90 untuk seluruh kek) adalah menu wajib dibeli sebab best seller kat sini! Ada juga kek Winter Forest (RM14.90 sekeping, RM60 untuk sebiji kek petite atau RM149.90 untuk kek saiz biasa), serta Starry Starry Night (RM13.90 sekeping, RM139.90 untuk seluruh tart) yang korang boleh pilih!



Kalau untuk kids, kami syorkan Lil’ Mr Snow (RM9.90 setiap satu) dan Jolly Breadman (RM7.90 setiap satu). Bentuknya yang cute dan rasanya yang sedap, comfirm anak-anak pun suka!


Nak breakfast atau minum petang kat CB&TL tapi tak nak kek atau dessert? Jom try Beef Steak Pandesal (RM6.90 setiap satu) atau nak makan full meal pilih je Grandpa’s Turkey Sandwich (RM22 setiap satu). Confirm kenyang!


Musim holiday kali ni, ada juga pelbagai item yang korang boleh grab di CB&TL dari biji kopi Holiday Blend (RM55), serbuk Limited Edition dengan perisa French Deluxe Vanilla, Hazelnut, Peppermint Chocolate, Dark Chocolate (RM39 setiap tin) atau mug Peace On Earth (RM38). Ada juga bermacam botol tumbler yang cantik dari harga (RM58-88) boleh dijadikan limited edition gift!
Rebut Diskaun 30% untuk semua mesin ‘Single Serve’ CB&TL sehingga 26 Disember 2021 ini!
Rugi kalau korang lepaskan peluang best ni untuk dapatkan potongan 30% diskaun, khas di semua mesin Single Serve CB&TL iaitu Desto, Kaldi, Venus, Contata, Bianca dan Clio sehingga 26 Disember 2021 ini sahaja!
Holiday Bundle, dapat dua minuman double chocolate dengan harga RM28 je!
Wow, berbaloi dengan harga RM28 korang boleh dapat dua minuman Double Chocolate di semua kedai CB&TL di Semenanjung Malaysia atau pick-up sendiri di platform Leaf With Me, valid sehingga 31 Disember 2021 ini.
Korang boleh pilih minuman dari pilihan 16oz Double Chocolate Ice Blended®, Pure Double Chocolate Ice Blended®, Double Chocolate Latte, Café Double Chocolate, serta Double Chocolate panas atau ais!
Giveaway Scratch Card #DeliciousMoments
Gores kad dapat holiday surprise? Ha, bagi setiap transaksi*, jangan lupa untuk dapatkan satu kad gores #DeliciousMoments dari CB&TL. Mana tau korang bertuah dapat hadiah kan?
Kad gores ini sah didapati di semua kedai CB&TL Semenanjung Malaysia dari 24 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022 (12 tengahari – 6 petang), sementara stok masih ada, *tertakluk terma & syarat!
Korang boleh checkout akaun Instagram @coffeebeanMY atau akaun TikTok @coffeebeanMY serta laman web www.coffeebean.com.my untuk dapatkan menu lain berserta tawaran hebat dan promosi ‘Holiday Bundle’ oleh CB&TL. Jom, celebrate cuti akhir tahun korang bersama menu best di The Coffee Bean & Tea Leaf®!