Siakap Keli

Isteri Hamil Buat Hal Mengidam Nak Tv Sama Macam Jiran, Suami Terpaksa Ketuk Pintu Rumah Sebelah Tengah Malam Tanya, Rupa-rupanya…

“Abang, petang semalam kan sayang tengok jiran sebelah, suami dia usung Tv baru masuk rumah, kita punya ni bila nak tukar?”

“Abang beli la Tv macam tu jugak.”

Ahh sudah, malam-malam macam ni tiba-tiba pulak isteri mengidam nak Tv, nak sama macam jiran pulak tu. Tak dilayan, isteri tengah hamil anak sulong, nanti merajuk jenuh pulak nak pujuk.

Nak tak nak, terpaksa la tebal muka pergi rumah jiran, ketuk pintu semata-mata nak tanya jenama Tv yang jiran beli.

Apartments.com GIF - Find & Share on GIPHY

Isteri punya pasal, asalkan bahagia…

“Maaf bang, ganggu malam-malam macam ni, saya dalam masalah ni’’

“Isteri saya buat hal bang, dia tengok abang usung Tv baru tadi. Tetiba pula mengidam nak Tv sama jenama dengan abang beli tadi.

“Mintak tolong sangat-sangat ni bang, saya nak tahu jenama Tv abang beli tadi. Tolong saya bang”, tanya si suami sambil menahan segan.

Apa lagi, si jiran yang mendengar permintaan si suami itu, terus tergelak besar sampai keluar air mata. Ingatkan ada masalah apa tiba-tiba datang ketuk pintu rumah malam-malam, rupa-rupanya nak tahu jenama Tv je.

“Engkau ni kan, hahaha. Buat hal betul la” gelak si jiran.

Adehhh, tapi isteri punya pasal, apa pun sanggup. Asalkan orang tersayang bahagia selamanya. Betul tak?

Jiran rupa-rupanya beli tv jenama…

Gelak punya gelak, akhirnya si suami dapat juga jawapan yang dinanti-nanti. Dalam hati, tak sabar nak balik bagitau isteri.

“Masuk dulu, tengok-tengok Tv baru abang ni. Kau nak tahu jenama apa tadi kan? Abang tunjuk sekali rupa dia, takdelah tersalah beli nanti.

“Tv ni jenama MEGRA Smart TV. Boleh tahan brand ni. Buatan Malaysia. Kuali mantap. Kau tengok gambar, cerah terang elok. Nampak mahal betul skrin Tv ni. Kualiti bunyi pun padu. Boleh sambung dengan Wifi 5G, tengok Netflix, Youtube, lagi boleh download apps. Ia pakai system webOS, macam sama-sama dengan LG Smart TV. Senang kata memang puas hati sangat.

Masa abang nak beli ni, orang kedai cakap ada 3 jenis Smart TV. Lagi padu yang jenis webOS, model terbaru. Ada 3 saiz, 43’’/50’’/65’’. Baik kau beli yang saiz 43’’, pun dah cukup besar, lagi ada promosi ”, saran si jiran.

3 model baru, lagi baik lagi padu

Si suami yang mendengar jawapan jiran itu, makin berkobar-kobar la nak beli. Tak sabar nak buat kejutan untuk isteri.

Maka, si jiran tanpa berlengah lagi, terus berkongsi secara terperinci mengenai 3 model baru dari MEGRA Smart TV.

Hadir dengan 3 model iaitu MODEL 43T8000 FHD 43’, 50T8000 4K 50’ dan 65T8000 4K 65’, skrin MEGRA Smart TV ini memang besar habis dan dijamin isteri puas hati nak menonton drama kegemarannya.

Silap-silap, suami baring sebelah pun dia tak perasan, hehehe.

Apa lagi kelebihan MEGRA Smart TV tawarkan?

Bahasa mudahnya, Tv ini didatangkan dengan “spec’’ bangsawan yang turut dilengkapi dengan AI Smart Function.

Macam si jiran tu cakap awal-awal tadi, MEGRA Smart TV hadir dengan webOS. Ia bermakna, Tv ini dapat disambungkan dengan internet, banyak benda yang boleh dilakukan dan AI Smart Function memudahkan Tv ini untuk digunakan. Sama-sama dengan LG Smart TV.

TV ni datang remote biasa, kalau korang nak MG Remote Control (berharga RM99) yang bertindak seperti tetikus pintar yang mempunyai On-screen pointer, Scroll Button, Voice Control dan Fast Access, banyak benda yang boleh dibuat dengan pantas. Tambah je RM1.

Aplikasi penstriman boleh dibuka seperti Netflix, Prime Video, Youtube, Viu, Spotify, Disney Hotstar, dan sebagainya. Satu lagi, satu keluarga boleh layan Youtube kat Tv. Anak-anak boleh browse macam-macam animasi nak ditonton. Tak perlu nak beli gajet seorang satu kan.

Nak buka media sosial macam Facebook dan Instagram pun boleh tau.

Fungsi-fungsi yang ada seperti Voice Search, Voice Control, Mobile App Remote, Screencast, Bluetooth dan macam-macam lagi untuk satu keluarga terokai.

Skrin 4K, gambar cerah boleh nampak ‘masa depan’

Tidak perlu diperkatakan lagi dengan kualiti skrin yang ada pada MEGRA Smart TV. 43Inci hadir dengan tetapan Full HD (Active HDR) manakala 50Inci & 65Inci dengan tetapan skrin 4K berserta Active HDR, ia sudah cukup untuk menggambarkan kepuasan menonton rancangan kegemaran di Tv ini.

Setiap warna yang dipaparkan pada ruang skrin, terasa sangat natural seolah-olah subjek ada di depan mata. Kualiti gambar juga tidak pecah dan apa yang dirakam berjaya ditonjolkan dengan begitu baik.

Bukan 1, tetapi 4 tetapan keluarga korang boleh pilih nak merasai kualiti skrin FHD dan 4K ini. APS, Vivid, Cinema, Football dan Eye Comfort. Tukar guna alat kawalan jauh je tau.

Dengan rekaan nipis, kualiti skrin FHD dan 4K, audionya juga tentulah hebat juga. Ketiga-tiga model hadir dengan kualiti audio Ultra Surround daripada Dolby Digital Plus.

Bukan itu je, selain boleh disambung dengan WiFi, Tv ini juga boleh disambung dengan Bluetooth. Selain itu, port penyambungan USB dan LAN turut disediakan juga. MEGRA Smart TV juga boleh disambung terus dengan telefon pintar. Jadi, korang nak paparkan skrin telefon pada Tv juga tiada masalah.

Nak sambung dengan Play Station dan Headphone juga pun boleh tau. Fuhhh, memang dahsyat dan bergaya habis. Secara ringkasnya, TV ni ada port 3xHDMI, 2xUSB, 1xOPTICAL, 1xLAN, 1xANTENNA, 1xAV.

Ni haa kami sediakan full review untuk korang tonton.

Mana nak beli tv ni?

Macam si suami tadi yang tak sabar sangat-sangat nak buat kejutan kat isteri. Korang pun sama jugak kan, tak sabar nak beli Tv baru untuk orang tersayang.

Takpun beli untuk diri sendiri je. Self-reward gitu. So, kat mana nak beli TV ni?

Ketiga-tiga MEGRA webOS Smart TV ini boleh beli dekat Shopee, Lazada atau laman web MEGRA, link akan letak di bawah. Korang boleh usya-usya produk sedia ada MEGRA. Mana tahu berkenan kan.

Shopee: https://shp.ee/hzu3v5j

Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/led-tv-megra-ez-group

Laman web MEGRA: https://megra.com.my/

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.