Siakap Keli
Gambar: Youtube

(Video) Bunyi Misteri Dari Danau Ais, Ahli Teori Konspirasi Dakwa Itu Suara Alien

Baru-baru ini warganet digemparkan dengan satu bunyi misteri yang didakwa suara makhluk asing (alien) muncul dari danau ais di Steamboat Springs, Colorado di AS.

Rakaman suara aneh berkenaan sempat dirakam oleh kakitangan Colorado Parks & Wildlife Service pada 4 Disember baru-baru ini sebelum dimuat naik ke media sosial.

Suara yang misteri itu berbunyi beberapa kali seakan bunyi signal yang pelik, di mana mereka menggambarkannya sebagai ‘suara Star Wars yang aneh’.

Seorang ahli teori konspirasi, Scott C. Waring yang menganalisis video itu berkata, objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk bola putih telah dirakam dan disaksikan oleh ribuan orang.

“UFO bola putih telah dirakam dan disaksikan oleh ribuan penduduk Colorado selama beberapa tahun terakhir.

“Signal menunjukkan bahawa ada pangkalan alien jauh di bawah danau yang menguatkan bunyi di bawah kerana membeku..ia bertindak sebagai penguat.

“Pangkalan alien tidak pernah kecil. Sebahagian besar memiliki kedalaman tiga hingga enam kilometer dan berkeluasan sekitar lima kilometer, bahkan memiliki sistem cuaca sendiri dengan kemungkinan hujan,” katanya.

Pangkalan alien di bawah ais

Selain itu, Waring mendakwa, bunyi suara tersebut cukup menjelaskan bahawa memang terdapat pangkalan alien di bawah ais.

“Ini adalah bukti 100 peratus dari pangkalan alien di bawah danau ini di Colorado. Tapi, jika signal dapat naik dari pangkalan alien, maka itu juga akan berfungsi untuk mengirim signal kembali ke pangkalan.

“Speaker yang cukup keras yang ditempatkan di lubang ais sedalam satu meter di tengah danau akan cukup untuk mengirimkan signal sonik kepada mereka.

“Tapi, apa yang kamu akan katakan? Di tangan yang salah, itu boleh menyebabkan respon tentera asing,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Colorado National Public Radio menafikan teori dakwaan suara alien tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa ia adalah kesan pergeseran ais danau yang membeku.

Kata mereka, kejadian geseran ais tersebut telah menyebabkan frekuensi suara menjadi tinggi dan rendah.

“Getaran bergerak melalui ais, tetapi frekuensi tinggi bergerak lebih cepat daripada frekuensi rendah,” maklumnya.

Sumber: Indozone

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.