Kulit yang sihat, bersih dan licin sentiasa menjadi idaman setiap orang, apa saja produk pasti akan digunakan untuk mengekalkan kesihatan kulit. Namun ada yang tidak bernasib baik kerana menghidap penyakit kulit sejak dari bayi lagi.
Penyakit kulit seperti ekzema, ruam dan alahan sering dihidapi oleh kebanyakan bayi di seluruh dunia walaupun telah menggunakan pelbagai produk atau ubat untuk mencegahnya.
Menurut Hello Doktor, ekzema atau atopic dermatitis adalah sejenis keradangan pada kulit yang turut mendatangkan bengkak, gatal dan ruam merah yang kelihatan seperti kulit melecur.
Ekzema pada bayi pula muncul dengan tompok kulit merah, kering gatal dan kasar. Kebiasaannya ia akan memberi kesan pada pipi, sendi lengan dan kaki.
Punca bayi terkena ekzema
Namun apa sebenarnya yang menjadi punca kepada penyakit ekzema? Mengapa bayi mudah terdedah kepada penyakit itu? Untuk pengetahuan, ekzema yang dihidapi oleh mereka mungkin disebabkan oleh keadaan kulit mereka yang kering.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Dr Bazilah telah menerangkan mengenai salah satu penyebab kepada ekzema dalam kalangan bayi. Menurutnya, sebab utama bayi mendapat ekzema beberapa bulan selepas dilahirkan adalah kerana ‘pelembap’ semula jadi yang ada pada mereka sudah hilang selepas dimandikan.
Pelembap semula jadi yang dipanggil Vernix Caseosa itu merupakan selaput yang akan hilang selepas bayi beberapa kali dimandikan dengan menggunakan sabun. Apabila ia mula menghilang, kulit akan menjadi kering dan lama-kelamaan akan menyebabkan masalah ekzema.
Bagaimanapun, itu bukan bermakna bayi tidak perlu dimandikan langsung tetapi cuba elakkan sabun yang mengandungi SLS dan yang banyak buih kerana ia akan membuatkan kulit mudah kering.
Nak ketahui dengan lebih jelas? Ikuti perkongsian video Dr Bazilah di bawah ini.
@drbazilah Reply to @dhiafiona part 2. Percetus kepada #ekzema #ekzemamalaysia
@drbazilah Reply to @sofarhoney boleh mandi tapi cari yang gentle cleanser ya 😊 #ekzema #drbazilah #ekzemamalaysia
Sumber: Dr Bazilah