Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

7 Tips Penjagaan Kebersihan Gigi Selepas Memakai ‘Braces’

Pendakap gigi atau braces adalah satu bentuk rawatan yang biasanya digunakan untuk menyusun barisan gigi yang tidak teratur. Ia memerlukan penjagaan tambahan apabila anda memutuskan untuk memakainya.

Namun, salah satu cabaran terbesar memakai pendakap gigi ialah untuk memastikan kebersihan gigi. Anda pastinya tidak mahu sisa makanan melekat di antara wayar pendakap gigi yang menyebabkan masalah lain seperti rongga dan nafas berbau.

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan penjagaan yang betul bagi pemakai pendakap gigi. Ini 7 cara untuk memastikan gigi dan mulut anda bersih apabila anda menggunakan pendakap gigi.

1. Berus gigi selepas makan

Gambar hiasan via Google

Bukan sahaja pada waktu pagi dan petang, tetapi anda perlu menggosok gigi setiap kali selepas makan. Langkah ini perlu untuk membersihkan gigi daripada makanan-makanan yang tersisa selepas makan. Anda juga harus sentiasa memberus dan flos pendakap gigi anda sebelum tidur.

2. Elakkan makanan manis

Gambar hiasan via Google

Elakkan makanan manis seperti gula-gula dan bar coklat. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan masalah lain pada gigi dan menyukarkan proses pembersihan.

3. Gunakan berus gigi yang lembut 

Gambar hiasan via Google

Apabila menggunakan pendakap gigi, perkara yang perlu diberi perhatian ialah bulu berus. Gunakan berus gigi yang mempunyai bulu yang lebih lembut agar anda dapat memberus gigi dengan selesa dan tidak merosakkan pendakap gigi anda. Jika anda menggunakan berus gigi yang keras, sudah pasti tidak akan dapat memberus di celah gigi-gigi dan makanan yang tersisa akan tetap berada di situ.

4. Pilih ubat gigi yang betul 

Gambar hiasan via Google

Ubat gigi yang mengandungi florida sangat bagus untuk si pemakai ‘braces’. Ia mempunyai mineral semula jadi yang mampu menguatkan lapisan luar gigi serta mencegah kerosakan gigi. Ia juga mampu mencegah mulut daripada berbau disebabkan makanan yang terlekat di celah gigi.

5. Fokus pada teknik memberus gigi 

Gambar hiasan via Google

Memberus gigi selama dua minit penuh amat disyorkan untuk anda yang menggunakan pendakap gigi. Anda juga harus menyikat ke setiap sudut supaya sisa makanan dapat dikeluarkan sepenuhnya.

6. Lindungi gigi anda setiap kali bersenam 

Gambar hiasan via Google

Memakai pendakap gigi tidak bermakna anda perlu berhenti bersenam. Namun begitu, masih terdapat perkara yang perlu diambil kira demi keselamatan dan keselesaan pergigian.

Seperti yang dilaporkan oleh Manus Dental, adalah penting untuk anda melindungi gigi anda semasa bersenam. Bercakap dengan doktor gigi anda tentang pelindung mulut untuk melindungi peranti anda dan pastikan mulut anda selamat.

7. Jangan terlepas temu janji doktor anda

Gambar hiasan via Google

Lawatan berkala ke doktor atau pakar ortodontik hendaklah sentiasa dibuat. Banyak perkara yang perlu diperiksa, bermula dengan melaraskan flos dan memastikan tiada kerosakan gigi dan juga gingivitis.

Sumber: CNN Indonesia

Aireena Marizan