Kerana surat saman had laju dikirim ke rumah, lelaki ‘kantoi’ curang setelah surat tersebut sampai ke tangan isterinya. Surat saman berkenaan turut disertakan gambar bukti seorang wanita tak dikenali memandu keretanya.
Menurut laporan Daily Mail, isteri lelaki berkenaan, wanita warga Jerman berusia 36 tahun dituduh atas kesalahan memandu kereta BMW milik syarikat suaminya melebihi had laju di Terowong Rheinufer, Düsseldorf. Setelah melihat kepada tarikh saman dikeluarkan, sang isteri hairan kerana dia tidak memiliki lesen memandu ketika itu, jauh sekali mengendalikan kereta berkenaan.
“Anak guam saya terkejut apabila melihat seorang wanita memandu kereta syarikat suaminya, namun dia tak memiliki lesen untuk memandu ketika itu,” jelas Fatma Poyraz-Devrim, peguam yang mewakili isteri lelaki tersebut di mahkamah Düsseldorf, 10 Disember lalu.
Setelah diselidik, si suami akhirnya mengaku meminjamkan kereta BMW itu kepada teman wanitanya, iaitu sosok wanita yang tertangkap pada kamera speed trap. Sang suami turut mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan wanita itu. Pun begitu, wanita berkenaan dilaporkan tidak hadir ke mahkamah dan melarikan diri ke luar negara bersama kereta BMW tersebut.
Sumber: Daily Mail