Siakap Keli
Gambar via TikTok

(Video) Guna Milo Pek Operator, Abang Ini Ajar Cara Bancuh Milo Pekat Rasa Seakan Milo Lori

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila ingat balik nostalgia zaman sekolah, macam-macam kenangan yang terimbau di fikiran. Menggigil masa periksa gigi, seram sejuk masa ibu bapa tandatangan kad kecemerlangan dan macam-macam lagi.

Tapi ada satu benda ni kalau datang kat sekolah semua pakat berebut nak pergi dulu, apa lagi kalau bukan lori Milo. Bila sampai je ‘khabar’ lori Milo datang, memang terbayang kelazatan Milo lori yang pekat, tak sama macam yang kita buat kat rumah. Sampai ada yang sanggup beratur banyak kali semata-mata nak dapatkan Milo lori ni.

Pasti ramai tertanya-tanya, kenapa rasa Milo yang kita bancuh di rumah tak sama dengan Milo lori yang kita pernah dapat kat sekolah. Dah cuba buat banyak kali pun tetap tak berjaya.

Oleh itu, abang yang dikenali sebagai Azrul Hisyam ni melalui akaun TikTok miliknya ‘bongkar’ resepi rahsia Milo lori yang selama ni kita cuba tapi tak berjaya. Video yang diunggah Azrul sempat mendapat sorotan warga net sehingga ditonton sebanyak 3.9 juta kali di TikTok setakat ini.

Nak tahu macam mana cara bancuh Milo lori dan apa bahan ‘rahsia’ yang korang perlu ada, tonton video penuh di bawah ini.

@azrulhisyam23

Balas kepada @whoispaakakap

♬ bunyi asal – Nasi pakistan no 1 Batu pahat – Nasi pakistan no 1 Batu pahat

Oh rupanya ada cara khas nak bancuh Milo lori ni. Patut la selama ni cuba buat tak pernah jadi. Ha lepas tengok video abang ni boleh la buat Milo lori sendiri kat rumah. Selamat mencuba!

Sumber: TikTok Azrul Hisyam

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.