Pinjaman kereta atau orang ramai kenal dengan istilah loan kereta merupakan salah satu kaedah yang biasanya dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk memiliki kereta idaman.
Loan kereta ini merupakan kaedah yang paling sesuai untuk membeli kereta lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bajet kewangan yang agak terhad.
Tetapi, pernah tak anda terfikir sekiranya pasangan anda meninggal dunia, apa yang akan jadi terhadap kereta tersebut andai kata kereta itu masih belum habis dibayar?
Seorang salesman menerusi laman TikTok @azril_zainal ada berkongsikan mengenai masalah ini.
Menurut pemilik akaun tersebut, sekiranya isteri ingin menggunakan kereta itu dia perlu terus membayar baki hutang kereta berkenaan. Jika isteri tidak berbuat sedemikian, pihak bank akan menarik balik kereta tersebut.
Walau bagaimanapun, situasi tersebut berbeza jika si suami ada mengambil satu insurans yang berkaitan dengan Autolife ataupun HP Life semasa tanda tangan perjanjian untuk membeli kereta, si isteri layak untuk mengambil kereta tersebut kerana pihak insurans sudah membayar baki hutang kereta itu.
@azril_zainal Reply to @mike_gabriel88 kesimpulannya ambil laa Insuran AutoLife/HP Life tu 👌
Pemilik akaun turut berkongsikan dengan lebih lanjut mengenai pertanyaan warganet sekiranya sudah dua tahun bayar pinjaman kereta tetapi baru tahu mengenai insuran Autolife atau HP Life ini.

Insurans ini dikatakan masih boleh diambil walaupun sudah menggunakan kereta dua tahun atau tiga tahun. Apa yang individu perlu buat hanyalah pergi ke bank yang dibuat pinjaman.
Kemudian, anda perlu minta pihak bank untuk kirakan bayaran sekiranya anda baru sahaja ingin mengambil insurans itu. Untuk lebih jelas, anda boleh menonton video di bawah:
@azril_zainal Answer to @mrbungahats sediakan payung sebelum hujan. #Insurance #Insuranceclaim
Sumber: TikTok @azril_zainal