Siakap Keli
Ganbar: TikTok BossAdrian_DerissoGadget

(Video) Tak Perlu Guna ‘Filter’ Lagu, Ini Cara Nak Rakam Video Sekali Dengan ‘Background Music’

Pasti ramai dalam kalangan kita yang gemar menggunakan telefon pintar, lebih-lebih lagi untuk tangkap gambar dan merakam video.

Mana taknya, telefon pintar sekarang dah dilengkapi dengan bermacam-macam filter yang menarik untuk pengguna telefon pintar gunakan.

Tetapi, apa yang tak seronoknya bila video yang dirakam itu selalunya tiada lagu, atau bahasa mudahnya kita panggil tiada ‘background music’.

Masalah ini dah tentulah membuatkan kita rasa macam rugi apabila video dah rakam lawa-lawa tapi tiada background music. Nak edit letak muzik latar lain dah macam cari satu kerja pula kan?

Tetapi anda jangan risau kerana Boss Adrian ada jalan penyelesaiannya. Dengan hanya 5 langkah mudah, kini anda boleh rakam video dengan background music lagu pilihan anda.

1. Buka kamera, biar kamera di bahagian ‘photo’ terlebih dahulu
2. Keluar dan pilih music pilihan anda.
3. Play music itu.
4. Masuk kembali kamera, dan tekan lama butang tengah ‘photo‘ itu dan tarik ke bahagian kanan screen.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh tonton perkongsian video di bawah.

@bossadrian_derisogadget

Siapa tahu trick ini? #tiktokmalaysia #foryoupage #gadgetstouse #gadgetlover #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #gadgethack #iphonehack

♬ MAGO – GFRIEND

Sumber: TikTok BossAdrian_DerissoGadget

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.