Baru sahaja dibuka November lalu, Pohang Space Walk merupakan sebuah hasil pemasangan seni yang membolehkan anda berjalan kaki diatasnya yang terbesar di Korea.
Terletak di Taman Hwanho, Space Walk yang menyerupai rollercoaster dengan ketinggian 25 meter, 717 anak tangga sepanjang 333 meter ini menawarkan pemandangan kota yang indah, termasuk Teluk Youngil dan Pantai Youngildae.
Direka oleh artis Jerman, Heiki Mutter dan Ulrich Genth, ia boleh memuatkan seramai 250 orang pada masa yang sama. Pemasangan itu, yang dibuat daripada 317 tan keluli yang dikeluarkan oleh POSCO, dijangka menjadi kemuncak bandar Pohang bersama-sama dengan Park1538, muzium baharu syarikat keluli itu.

Menurut Korea Bizwire, POSCO menandatangani perjanjian dengan kerajaan bandar Pohang pada April 2019 untuk membangunkan tarikan taman baharu dan membelanjakan 11.7 bilion won bagi membina mercu tanda baharu.
Tarikan ini dibuka pada hari bekerja dari 10 pagi hingga 4 petang. Manakala pada hujung minggu pula, dari 10 pagi hingga 5 petang.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @alexismilagrosa31, dapat dilihat suasana dan juga pemandangan yang dapat dilihat dari Space Walk tersebut.
@alexismilagrosa31 who’s brave to climb that stair#spacewalk
Menjengah ke ruangan komen video TikTok tersebut, dapat dilihat beberapa orang warganet berseloroh tentang video tersebut.
Sumber: TikTok, Korea Bizwire