Siakap Keli
Gambar: via The Mirror

Pegang Rekod Dunia, Wanita Ini Dinamakan Wanita Paling Pendek Dengan Ketinggian Hanya 71cm

Seorang gadis dari Florida, Amerika Syarikat telah dinamakan sebagai wanita terpendek di dunia dengan ketinggian hanya 71 sentimeter sahaja, lapor The Mirror.

Wildine Aumoithe, 18 tahun baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan sebagai wanita paling pendek daripada Guinness World Records.

Menurut laporan, Aumoithe dikatakan menghidap sindrom kerdil yang jarang sekali ditemui dan dikenali sebagai SADDAN displasia.

Menurut gadis berkenaan, ibu bapanya pernah diberitahu doktor bahawa dia tidak akan dapat hidup lebih 24 jam selepas dia dilahirkan.

Gambar: via The Mirror

Walau bagaimanapun keluarga Wildine menentang kemungkinan itu dan pada awal tahun ini mereka dapat menyambut kelahiran ulang tahun Aumoithe yang ke-18, malah dia turut diberi gelaran wanita terpendek di dunia.

“Saya berasa sangat bangga kerana memiliki gelaran daripada Guinness World Record.” kata Aumoithe.

“Saya juga merupakan keturunan Haiti-Amerika pertama yang berjaya memegang rekod wanita terpendek di dunia.” Tambah Aumoithe lagi.

Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa walaupun dalam keadaan sedemikian, dia tetap mempunyai kehidupan yang normal.

“Saya tidak pernah membiarkan perkara ini menghalang saya daripada terlepas melakukan sesuatu dalam hidup.” tegasnya.

“Kawan-kawan saya sentiasa melayan saya seolah-olah saya sama seperti mereka. Saya tidak pernah mengalami sebarang buli walaupun tubuh badan saya kecil, dan itu membuatkan saya amat bersyukur.” katanya.

Menurut laporan lagi, ketika ibunya iaitu Wilda sedang enam bulan mengandungkan Aumoithe, doktor memberitahu ibu bapanya bahawa dia akan dilahirkan kerdil.

Setelah mendengar diagnosis yang diberitahu oleh doktor, ibunya menangis kerana dia takut dan pada masa itu ibunya tidak tahu apa itu dwarfisme kerana Aumoithe merupakan anak pertamanya.

“Selepas saya dilahirkan, pada mulanya doktor menyangka saya menghidap achondroplasia, tetapi selepas ujian lanjut, saya disahkan menghidap displasia SADDAN kerana kependekan saya. kata Aumoithe lagi.

“Selepas berjaya melepasi tempoh kritikal tersebut, saya ditempatkan di pusat penjagaan kesihatan khas selama enam bulan kerana disangka tidak akan hidup lebih lama.” jelas Aumoithe.

“Malah sebaliknya, apa yang berlaku adalah saya masih terus bernyawa dan saya kemudiannya dibenarkan untuk pulang ke rumah bersama-sama ibu dan bapa.” katanya.

Tambah Aumoithe, ketika kecil, dia mampu untuk berjalan. Walau bagaimanapun kini, gadis itu terpaksa menggunakan kerusi roda kerana keadaan kakinya yang bengkok, sekali gus menyebabkan dia sukar untuk berjalan.

“Saya boleh duduk di atas lantai dan bergerak, namun tidak dapat berjalan apabila usia semakin meningkat.” Jelas Aumoithe.

“Ibu saya banyak membantu dalam menguruskan kehidupan seharian dan memenuhi keperluan saya.” katanya.

Menurut Aumoithe ibunya tidak bekerja supaya boleh bersama dengannya sepanjang waktu.

Rumah Aumoithe dilengkapi dengan katil yang telah diubah suai bersesuaian dengan Aumoithe, begitu juga dengan laci dan meja untuk dia bekerja.

“Saya mempunyai empat kerusi roda yang membantu saya untuk bergerak, tetapi saya tetap memerlukan bantuan daripada ibu saya jika ianya berkaitan dengan keperluan harian saya lagi-lagi jika ingin mencapai sesuatu.” kata Aumoithe.

Sumber: The Mirror

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.