Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Perdana Menteri Britain Memaklumkan Bahawa Dua Dos Vaksin Tidak Mencukupi Bagi Mengatasi Gelombang Omicron

LONDON: Satu amaran daripada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah dikeluarkan bagi memmdendung wabak Omicron Koronavirus di negara tersebut. Amaran tersebut mengatakan bahawa negara tersebut sedang berdepan gelombang varian Omicron yang dasyat sehingga dua dos vaksin masih tidak mencukupi untuk membendungnya.

Kini, Johnson mempercepatkan program dos penggalak kepada semua rakyatnya di negara itu. Menurut Johnson, program dos penggalak mesti dilakukan dengan lebih pantas kerana saintis belum mengetahui tahap Omicron berbanding varian lain. Johnson telah mengeluarkan amaran tersebut setelah beberapa jam selepas saintis kerajaan menaikkan tahap amaran COVID-19 kepada 4 pada skala 5 mata.

Tambahnya lagi, saintis telah memaklumkan bahawa Omicron merupakan varian yang lebih mudah dan cepat untuk  menular. Perkhidmatan kesihatan negara tersebut juga akan berjuang untuk menghadapi kemasukan ke hospital jika varian itu mengancam populasi yang belum menerima dos penggalak.

“Saya bimbang kita kini menghadapi kecemasan dalam pertempuran kita dengan varian baharu Omicron dan kita mesti segera mengukuhkan dinding perlindungan vaksin kita untuk memastikan rakan dan orang tersayang selamat. Empat ketua pegawai perubatan UK menaikkan tahap amaran COVID kepada empat, tahap kedua tertinggi kerana kes jangkitan Omicron meningkat dua kali ganda di UK setiap dua hingga tiga hari. Kita tahu daripada pengalaman pahit bagaimana perkara ini berkembang. Tiada siapa yang perlu ragu-ragu berlakunya gelombang Omicron dan kini jelas bahawa dua dos vaksin tidak mencukupi untuk memberikan tahap perlindungan yang kita semua perlukan,” katanya.

Selain itu, Johnson juga memberitahu bahawa semua individu yang layak berumur 18 tahun ke atas di England akan berpeluang untuk mendapatkan dos penggalak mereka sebelum tahun baharu. Johnson telah memperkenalkan langkah “Pelan B” COVID-19 untuk England pada minggu lalu. Dalam Plan B tersebut, orang ramai telah diarahakan untuk bekerja dari rumah, memakai pelitup muka di tempat awam dan menggunakan pas vaksin untuk memperlahankan penyebaran Omicron.

Purata tujuh hari kes COVID-19 mengikut tarikh yang dilaporkan telah meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini melebihi 50,000 tertinggi sejak kemuncak januari semasa gelombang kes terakhir. Britain mempunyai jumlah kes kematian tertinggi di Eropah akibat virus itu dengan 146,439 kematian direkodkan dalam tempoh 28 hari selepas ujian positif COVID-19 sehingga Ahad

Sumber: Astro Awani

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.