Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa Positif COVID-19

JOHANNESBURG: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa telah disahkan positif COVID-19 pada Ahad (12 Dis) dan sedang menerima rawatan bagi gejala ringan.

Pada mulanya, Ramaphosa yang telah menerima vaksin sepenuhnya berasa tidak sihat selepas meninggalkan upacara peringatan negeri untuk bekas timbalan presiden F W de Klerk di Cape Town pada awal hari tetapi berada dalam keadaan yang baik dan dipantau oleh doktor, katanya.

Varian Omicron yang sangat bermutasi ini pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada bulan lalu dan telah mencetuskan kerisauan kepada seluruh dunia kerana varian ini lebih cepat menular daripada varian lain.

Ramaphosa sedang berada dalam pengasingan diri di Cape Town buat masa ini dan telah menyerahkan semua tanggungjawab kepada Timbalan Presiden David Mabuza untuk minggu depan.

Dalam lawatan ke empat negara Afrika Barat baru-baru ini, presiden dan seluruh delegasi Afrika Selatan telah diuji dengan kewujudan varian baharu COVID-19 di semua negara.

“Presiden dan delegasi kembali ke Afrika Selatan dari Republik Senegal pada hari Rabu, 8 Dis 2021, selepas mendapat keputusan ujian negatif. Presiden juga diuji negatif sekembalinya ke Johannesburg pada 8 Dis.”

Kenyataan tersebut dipetik oleh Ramaphosa dengan berkata bahawa jangkitan Covid-19 yang dialami oleh dirinya sendiri dianggap sebagai amaran kepada semua rakyat tentang betapa pentingnya mendapatkan vaksin dan terus berwaspada terhadap jangkitan wabak tersebut.

“Vaksinasi kekal sebagai perlindungan terbaik daripada gejala teruk wabak itu dan kemasukan ke hospital. Orang ramai yang ada bergubung dengan presiden hari ini dinasihatkan untuk memerhatikan simptom atau menjalani ujian kendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaupun kes Omicron telah menyerang negara-negara di seluruh dunia, namun ia masih belum jelas sepenuhnya sama ada varian ini boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk atau sejauh mana ia mampu mengalahkan vaksin.

Dalam penghakiman tentatif, Agensi Ubat EU berkata pada hari Khamis bahawa Omicron mungkin menyebabkan penyakit yang lebih ringan selepas WHO berkata pada awal mingguberkaitan beberapa bukti tentang Omicron yang menyebabkan gejala Covid-19 kurang teruk berbanding varian Delta, varian dominan pada masa ini.

Sumber: SNA News

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.