Siakap Keli
Gambar Hiasan : Hello Sehat/ Public Health Malaysia

Sakit Tapak Kaki Bila Bangun Tidur? Mungkin Radang ‘Fascia Tumit’, Ini Cara Nak Kurangkan Sakit Tanpa Ubat & Pembedahan

Pernah tak korang rasa sakit pada tapak kaki ketika berjalan? Kadang-kadang rasa sakit tu umpama macam terpijak batu. Punyalah sakit sehingga nak berjalan pun rasa tak mampu.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi yang menganggap sakit tersebut hanyalah sementara dan akan hilang dari semasa ke semasa. Tetapi, tahukah anda bahawa sakit tersebut berkemungkinan anda mengalami plantar fasciitis?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Public Health Malaysia ada berkongsikan posting mengenai sakit ini.

Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula-mula bangun dari tidur? Sakitnya kadang- kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Makan panadol pun tak jalan. Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit, sakit tu hilang.

Jika ya, anda mungkin ada plantar fasciitis.
Penyakit radang fascia plantar kaki ini disebabkan pemendapan calcium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.

Ia sering terjadi pada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, yang bekerja berdiri/berjalan lama, berumur >40 tahun dan mereka yang memakai high heels.
Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan. Kami sharekan beberapa.

Namun jika ianya masih tidak berjaya, adalah baik jika ianya dirawat secepat mungkin oleh doktor di klinik orthopedik.

Kredit : Public Health Malaysia

Sumber : Public Health Malaysia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.