Siakap Keli
Kredit : fakta.indo

(Video) Dipercayai Bergaduh Dengan Kekasih, Lelaki Buat Hal Terbaring Atas Jalan

Adat bercinta, pastinya ada pasang surutnya. Dalam perkahwinan pun boleh bergaduh, inikan pula masih menyulam cinta.

Memang tidak dapat dinafikan dalam setiap perhubungan akan adanya pergaduhan. Berkemungkinan terdapat salah faham yang berlaku dan menyebabkan berlakunya pergaduhan besar. Sampaikan ada yang buat aksi-aksi pelik untuk memujuk kekasihnya.

Tular sebuah video baru-baru ini apabila seorang lelaki bertindak melulu dengan terbaring di tengah jalan raya. Situasi tersebut didakwa mungkin kerana dia terlibat dalam satu pertengkaran dengan teman wanitanya.

Dalam video yang dimuat naik daripada akaun Instagram fakta.indo, seorang lelaki berbaju-t gelap sedang terbaring di tengah jalan raya. Dia dikatakan sedang bertengkar dengan teman wanitanya yang berpakaian berwarna kuning itu.

Menerusi video itu, terlihat wanita tersebut memujuk lelaki itu untuk bangun. Namun, lelaki tidak mendengarkan arahannya dan masih membuat aksi meniarap di atas jalan.

Kemudian, datang dua orang penduduk tempatan untuk memujuk lelaki itu. Akhirnya, lelaki itu bangun dan berjalan ke tepi jalan.

“Disyak bergaduh dengan teman wanitanya, lelaki ini terbaring di tengah jalan,” tulis dalam kapsyen.

Walau bagaimanapun, video tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 301k.

Sumber : Hits.suara

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.