Pelbagai lokasi menarik yang menjadi tarikan setiap pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka. Tidak kiralah di mana sahaja, jika cantik dan indah memang akan menjadi bualan para tetamu yang datang.
Situasi yang sama berlaku apabila tular sebuah video baru-baru ini memaparkan hasil hiasan perkahwinan yang sangat cantik dan mewah. Walaupun diadakan di jambatan kereta api, namun hasilnya menyerupai majlis di sebuah hotel mewah.
Menerusi perkongsian video daripada akaun TikTok daniwigung, perancang perkahwinan telah berjaya menjelmakan majlis perkahwinan di bawah jambatan kereta api YIA (Lapangan terbang Antarabangsa yogyakarta) menyerupai hiasan perkahwinan di sebuah hotel mewah.
“Halo guys. Dari bawah jambatan kereta api YIA Yogyakarta Kulonprogo,” kata wanita itu sambil merakam suasana di jambatan tersebut.
Dalam video tersebut, wanita tu menceritakan hasil hiasan perkahwinan mewah yang dilakukan oleh pasukannya.
Wanita itu kemudiannya memasuki khemah tersebut untuk menunjukkan pintu utama. Dari pintu utama, terlihat beberapa meja yang digunakan untuk menyambut tetamu yang hadir.
Ketika memasuki laluan khemah itu, wanita itu menunjukkan pemandangan yang lebih jelas mengenai hiasan perkahwinan yang telah dilakukan.
Terdapat juga hiasan lampu taman dan beberapa jambangan bunga menghiasi kedua-dua belah lorong itu serta susunan kerusi dan meja katering.
Memetik daripada laporan BeritaHits, hiasan perkahwinan ini dibuat di halaman rumah pengantin perempuan dan jiran tetangga. Halaman tersebut kelihatan begitu besar sehingga khemah perkahwinan boleh dibina dan menampung ruang-ruang untuk para tetamu.
“Laman rumah jiran kami juga boleh digunakan kerana di sini, jiran saling membantu,” jelasnya lagi.
Katanya, untuk menghasilkan hiasan yang mewah dan luas, mereka perlu menebang pokok mempelam yang berdiri di tengah-tengah khemah perkahwinan.
“Ini pokok mempelam sampai kena tebang ye. Ini pula pokok jambu baru semalam. Lumayanlah ditebang untuk dapatkan ruang yang luas,” tambahnya lagi.
Satu lagi teres bersebelahan juga digunakan untuk meletakkan pelbagai alat muzik serta pentas hiburan.
Tidak ketinggalan juga, pelamin juga ditunjukkan dalam video tersebut dan kelihatan sangat mewah seperti di bangunan mewah.
Bahagian atas laluan juga tergantung pelbagai pokok anggur dijadikan sebagai hiasan untuk mencantikkan laluan tu dan terdapat beberapa meja disusun sedemikian rupa.
Wanita itu juga berkata bahawa dia telah mengubah garaj kereta orang yang mengadakan perayaan untuk dijadikan bilik tetamu VIP.
Hiasan perkahwinan yang dikongsikan ini berjaya memukau warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 445.6k. Rata-ratanya memuji hasil magis wanita ini dan ada juga yang bertanya jika boleh membuat tempahan di daerahnya.
@daniwigung Inilah hasil The Rewang @wo.pengantin.prod.yogya
Sumber : Hits.suara