Arnab merupakan haiwan peliharaan yang boleh menjadi teman baik anda. Mereka datang dalam pelbagai ukuran dan warna serta suka berinteraksi dengan manusia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa arnab yang memerlukan masa dan juga cara yang sesuai untuk merasa selesa dengan sesetengah manusia.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @drima_vet, doktor haiwan ini menunjukkan cara bagaimana ingin memegang arnab dengan betul. Menurut doktor itu, bahagian telinga arnab adalah bahagian yang sensitif. Hal ini kerana kulit arnab bukan direka untuk cara pegang seperti itu dan mungkin akan menyakitkan kulit atau bahagian lain badannya.
Jadi, cara yang berkesan untuk mengangkat dan memeluk arnab adalah dengan cara pegangan bola ragbi, iaitu angkatnya dari sisi.Anda perlu mengangkat arnab dengan buka semua jari dan sokong perutnya dengan tapak tangan lalu dekatkannya dengan anda. Kemudian, letak tangan anda di belakang arnab dan biar kepalanya rehat di lengan anda.
Untuk lebih mudah faham, anda boleh tonton perkongsian video tersebut di akaun TikTok @drima_vet.
@drima_vet Please do not hold a rabbit by it’s ears ❌ #vetlife #drima_vet #TikTokGuru #JomBelajar #JomBelajar #foryoupage #fyp #veterinarian #kelastambahan
Sumber: TikTok