Siakap Keli
Kredit : The Mirror

11 Tahun Tangguh Perkahwinan, Lelaki Pasrah Isteri Meninggal Dunia Setelah Tiga Hari Disatukan

Sepasang suami isteri yang menangguhkan hari perkahwinan mereka selama 11 tahun telah diikat tiga hari sebelum pengantin perempuan meninggal dunia.

Ben dan Jen Cooper dikatakan mengikat tali pertunangan pada tahun 2010 tetapi harus menangguhkan perkahwinan mereka kerana kerja, kehilangan keluarga dan mempunyai tiga anak bersama.

Pasangan itu akhirnya berjaya mengikat tali pertunangan pada 17 November di Hospis Severn di Telford, Shropshire.

Jen meninggal dunia beberapa hari kemudiannya selepas berlawan dengan penyakit kanser yang dialaminya.

Menurut laporan The Mirror, awal tahun lalu, Jen, 43, meraikan lima tahun bebas kanser selepas menjalani rawatan kanser payudara. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum diumumkan perintah berkurung, guru matematik tersebut disahkan menghidap kanser sekali lagi.

Ibu kepada lima anak itu memulakan pertempuran baharu dengan penyakit itu, tetapi meninggal dunia secara tragis pada 20 November dengan suami, Ben, 34, di sisi.

Pasangan itu pada asalnya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan November.

Kata suaminya, tetamu yang hadir hanyalah mereka berdua, ibu Jen dan dua orang saksi semasa perkahwinannya berlangsung.

“Kami memainkan lagu Bon Jovi untuk Jen, memakainya dalam persalinan gaun pengantin,” jelas suaminya.

“Ia sempurna. Jururawat menggantungkan pakaian Jen di dalam biliknya supaya dia boleh melihat sendiri ketika berada di atas katil.”

“Anak-anak sangat teruja dengan perkahwinan ini yang membuatkan saya berasa bimbang kerana ketiadaan mereka. Tetapi, mereka sangat gembira untuk kami,” tambahnya lagi memetik daripada laporan The Mirror.

Jelasnya lagi, perancangan perkahwinan asalnya adalah pada 27hb, dimana hari tersebut akan dijadikan sebagai pesta ulang tahun untuk anak-anaknya yang dikataka mempunyai hari lahir sebelum Krismas.

Jen dikatakan mempunyai dua orang anak bersama bekas suaminya. Selepas bertemu Ben, mereka dikurniakan tiga orang anak lagi.

Komuniti juga dikatakan turut menderma kepada halaman Just Giving untuk kos perkahwinan dan juga membuka dana bagi membantu saya dan anak-anak. Sumbangan yang diberikan dapat membantu dirinya untuk memastikan hari lahir dan Krismas anak-anak tanpa ibu mereka.

“Seorang anak perempuan saya berkeras mahu memakai gaun pengantin ibunya ke sekolah pada hari tanpa uniform seragam.”

Ben berkata, detik-detik terakhirnya bersama adalah semasa dia memegang tangan isterinya dan mengucapkan rasa sayang terhadapnya dan anak-anak.

“Apa yang lebih melucukan, saya tidak percaya filem terakhir yang dia tonton ialah Big Momma’s House. Kemudian, saya perasan dadanya sudah tidak bergerak dan meminta jururawat memeriksa keadaannya.”

Ben sempat berkongsi foto mereka selepas perkahwinannya di Twitter hanya selama dua hari sebelum Jen menghembuskan nafas terakhirnya.

“Saya patah hati kerana perkahwinan ini hanya dalam beberapa hari sahaja. jangan bertangguh-tangguh, beritahu terus orang yang anda sayang bahawa anda sangat mencintai mereka,” tulisnya pada kapsyen gambar.

Perkongsian yang dimuat naik itu telah berjaya menarik perhatian warganet. Rata-rata di komen ramai mengucapkan tahniah kepada mereka.

Sumber : The Mirror

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.