Siakap Keli

9 Taman Eko Rimba Negeri Selangor Ditutup Sementara Untuk ‘Hiking’ Susulan Musim Monsun Timur Laut

Terlalu lama tidak keluar untuk menghirup udara segar dan mengelilingi alam semula jadi mungkin boleh menyebabkan anda tertekan. Jadi, ramai yang memilih untuk beriadah bersama keluarga dan juga hiking di mana-mana hutan simpan bagi menceriakan kembali diri mereka untuk kekal bersemangat.

Ini berita baik buat orang ramai yang ingin beriadah atau berkelah. Berikut merupakan 9 Taman Eko Rimba Negeri Selangor yang dibenarkan beroperasi namun ditutup sementara untuk aktiviti pendakian.

Facebook: Tourism Selangor

Pihak Tourism Selangor  melalui akaun rasmi mereka mengeluarkan notis penutupan sementara hutan simpanan dalam menhadapi musim monsun timur laut. Arahan ini dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Selangor Darul Ehsan sebagai inisiatif menjaga keselamatan orang ramai daripada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Diharapkan orang ramai mengambil perhatian keatas makluman notis penutupan ini dan pihak Jabatan Perhutangan Negeri Selangor dalam kenyataan sama juga menyatakan tidak teragak-agak mengenakan tindakan terhadap sesiapa yang ingkar.

Facebook: Tourism Selangor

Sumber: Tourism Selangor

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.