Siakap Keli
Sumber: BERNAMA

Datuk Seri Amirudin Shari Mengesahkan Dirinya Sudah Negatif Covid-19

Tular di media sosial apabila isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad dan dua anaknya disahkan positif Covid-19 semalam.

Terbaharu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah memberitahu bahawa dirinya telah menjalani ujian PCR dan keputusannya adalah negatif.

Saya ingin memaklumkan bahawa isteri saya Masdiana binti Muhamad dan dua anak saya telah disahkan positif COVID-19 pada hari Isnin, 13 Disember 2021.
Alhamdulillah melalui keputusan PCR yang telah saya jalani, saya disahkan negatif. Namun, saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada hari Khamis nanti dan akan memaklumkan perkembangannya kelak.
Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berkemungkinan timbul hasil perkembangan ini dan mohon sekalian mendoakan kesihatan serta kekuatan untuk kami sekeluarga.
14 Disember 2021

Tambahnya, beliau juga memohon maaf atas sebarang kesulitan dan memohon semua pihak agar mendoakan kesihatannya sekeluarga.

Sumber: Amirudin Shari

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.