Siakap Keli
Kredit : Hello Doktor

Ingin Berhenti Merokok? Ini 12 Petua Kendiri Berhenti Merokok Yang Boleh Dilakukan

Sudah ramai perokok tegar yang ingin menghentikan tabiat merokok kerana tahu ia dapat membahayakan kesihatan. Walaupun sudah banyak kempen yang dilakukan, namun sukar bagi mereka menghentikan tabiat itu dalam kehidupan seharian mereka.

Namun, macam mana caranya jika kita ingin menghentikan ketagihan merokok ini?

Menerusi posting yang dimuat naik melalui laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, ada 12 petua kendiri yang boleh dilakukan untuk berhenti merokok.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian ini.

Anda ingin #berhentimerokok?

Tahniah anda membuat keputusan yang tepat untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.

Amalkan 12 petua kendiri berhenti merokok ini dalam menjadikan keinginan anda ini satu kenyataan.

1. Melengah-lengahkan keinginan
2. Menarik nafas panjang
3. Minum air
4. Menyibukkan diri
5. Menjauhkan diri daripada rokok
6. Mengelakkan diri daripada dorongan kepada merokok
7. Mengunyah sesuatu
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot
11. Meditasi
12. Memohon doa

Anda juga boleh mendapatkan bantuan melalui Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit dengan melayari laman sesawang www.jomquit.com
#SihatSepanjangHayat
#nosmoking

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.