Siakap Keli
Kredit : Noriani Abdul Rahman via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Lebih 2k Perkongsian, Wanita Kongsi ‘Rahsia’ Nak Buat Roti Biar Lembut Dan Gebu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Roti semestinya menjadi kegemaran ramai, lebih-lebih lagi kalau dihidangkan pada waktu pagi atau waktu petang. Tidak semestinya dihidangkan kosong, malah pelbagai aneka resepi roti yang boleh dilakukan untuk dijamu bersama-sama seisi keluarga.

Namun, untuk mengadun bahannya bukanlah mudah ye. Memerlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi. Salah uli, memang menangis tak berlagu la jawabnya. Apabila bakar sahaja, ada yang keras la, tak gebu dan ada juga yang tak masak sepenuhnya.

Menerusi satu perkongsian di Group Masak Apa Hari Ni..(MAHN) oleh  Noriani Abdul Rahman, sudah tiga kali dia meroti dan Alhamdulillah menjadi. Hanya guna tepung cap rose dan ikut resepi asas sahaja.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian di bawah.

Kali ketiga saya meroti. Guna tepung cap rose je. Alhamdulillah, menjadi.
Ini resipi asasnya. Boleh cuba
Bahan A
  1. 3/4 cawan air suam ( tambah 2 sudu susu tepung atau susu full cream jadikan  3/4 cawan suam2 gitu)
  2. 2 sudu besar gula ( nak manis tambah lagi gula dalam sesudu)
  3. 1 paket yis. Masukkan semua. Biar naik yis tu dalam 10 minit dah naik.
Bahan B
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu kecil garam
  3. 1 biji telur
  4. 1/2 sudu besar bread improver
Cara-caranya:
  1. Gaul semua bhaan b (tepung tu guna tepung cap rose tu.  Ayak dulu)
  2. Campur bahan a dan b…uli…akan melekat sikit di tangan tu…tak apa..
  3. Pastu letak 1 sudu besar penuh marjerin. Uli la doh tadi…sampai tak melekat di tangan. Kalau masih melekat..tabur-tabur je sikit tepung dalam doh tu.
  4. Kita akan rasa doh tu lembut masa menguli…dalam 15 minit gitu..
  5. Pastu biarkan doh naik dalam 1/2 jam atau lebih..bergantung pada yis kita..nanti doh tu naik 2 kali ganda.
  6. Bila dah naik, buangkan angin doh tu..
  7. Boleh bentukkan untuk buat roti.
  8. Bulat-bulat kan..terus letak dalam bekas.
  9. Tunggu 20 minit, doh naik cantik.
  10. Bakar dalam 20 minit suhu 160 darjah celcius. Ikut juga oven masing-masing kalau bab suhu ni.
Ukuran cawan tu terpulanglah pada ukuran mana yang kita nak guna. Boleh belaka..gelas pun ok.
Yang saya buat ni 5 cawan. Saya lebihkan bancuhan air suam dan susu je. Yang lain macam biasa.
Kredit : Noriani Abdul Rahman via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
Kredit : Noriani Abdul Rahman via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
Kredit : Noriani Abdul Rahman via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Sumber : Noriani Abdul Rahman via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.