Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Lelaki Cedera Akibat Jatuh Tangga, Dapat ‘Claim’ Insurans ‘Workplace Accident’ Sebab Sedang Menuju Ke Sudut Bekerja Di Rumah

Mahkamah Persekutuan Jerman baru-baru ini memutuskan bahawa seorang lelaki yang terjatuh dari bilik tidur ke pejabat rumahnya boleh menuntut insurans kemalangan di tempat kerja, lapor Oddity Central.

Menurut dokumen mahkamah yang dikeluarkan Rabu lalu, Mahkamah Sosial Persekutuan Jerman memutuskan untuk memihak kepada pengurus jualan kawasan yang mengalami patah pada tulang belakang dalam kemalangan di rumahnya pada 2018.

Lelaki tersebut dikatakan berjalan menuruni tangga dari bilik tidurnya dan tergelincir semasa menuju ke sudut berkerja di rumahnya. Kemalangan tersebut menyebabkan dia mengalami patah pada tulang belakang toraks.

Peguam plaintif berhujah bahawa anak guamnya, biasanya memulakan hari kerjanya tanpa mengambil sarapan pagi, sedang menuju ke pejabat di rumahnya. Kemalangan yang berlaku dikatakan berkait dengan kerja dan harus dilindungi oleh insurans.

Apa yang lebih menarik, dokumen dalam talian menunjukkan bahawa mahkamah rendah sebelum ini memutuskan bahawa lelaki tersebut tidak layak menuntut insurans kemalangan kerja.

Walau bagaimanapun, dia dipercayai merayu kepada mahakamah yang lebih tinggi, yang membatalkan keputusan itu.

Lelaki tersebut juga menegaskan bahawa ramai orang perlu bekerja dari rumah dan harus dilindungi oleh insurans kemalangan kerja ekoran daripada pandemik COVID-19.

Berdasarkan laporan, Mahkamah Sosial Persekutuan memutuskan bahawa syarikat juga boleh wujud di kawasan domestik sekiranya pangsapuri dan pejabat berada dalam bangunan yang sama.

Selain itu, pihak mahkamah juga dikatakan mempertimbangkan bahawa lelaki itu ingin menyiapkan pekerjaannya lalu ditimpa kemalangan.

Keputusan yang dibuat telah mencetuskan perdebatan di Jerman mahupun di luar negara. Ramai yang menganggap bahawa keputusan yang dibuat adil kerana memandangkan banyak pekerjaan tidak dijalankan melalui premis syarikat. Jadi, keputusan yang dibuat membolehkan kebajikan pekerja dilindungi oleh insurans walau dimana sahaja mereka bekerja.

Sumber : Oddity Central

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.