Gempa bumi berkekuatan 7.5 dilapor melanda kawasan 113 km barat laut Larantuka, NTT. Kejadian gempa berkenaan dilaporkan berlaku sebentar tadi, pada 11:20 pagi (waktu tempatan).
Gempa dikatakan berpusat di kawasan berdekatan Barat Laut Larantuka pada kedalaman 10 kilometer. Setakat ini, tiada maklumat berhubung kerosakan benda dan kehilangan nyawa dilaporkan.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) mengeluarkan amaran awal tsunami di Maluku, NTB, NTT, Sulawesi Selatan dan Sulawesi Utara selepas berlakunya gempa bumi berukuran 7.5 magnitud.
“Amaran Awal Tsunami bagi kawasan: MALUKU, NTB, NTT, SULSEL, SULTRA, Gempa Magnitud: 7.5, 14-Dec-21 10:20:22 WIB,” dipetik dari akaun Twitter BMKG, Selasa (13/12).
#Peringatan Dini Tsunami di SULSEL,NTT,SULTRA,NTB,MALUKU, Gempa Mag:7.5, 14-Dec-21 10:20:22WIB, Lok:7.59LS,122.26BT,Kdlmn:12Km#BMKG pic.twitter.com/E0NXeDDZln
— BMKG (@infoBMKG) December 14, 2021

Selang beberapa minit, gempa susulan turut dilaporkan di daerah berdekatan melalui laman Twitter rasmi Jabatan Meteorologi Indonesia.
#Gempa Mag:5.6, 14-Des-21 10:41:56 WIB, Lok:7.81 LS,122.34 BT (89 km BaratLaut LARANTUKA-NTT), Kedlmn:10 Km, tdk berpotensi tsunami #BMKG pic.twitter.com/kt2WolJ0b5
— BMKG (@infoBMKG) December 14, 2021
Hal ini telah menarik perhatian warganet kerana mereka juga turut berkongsi merasakan gegaran yang berlaku dan berharap keadaan kembali reda.
Terasa sampai Makassar pic.twitter.com/KCuwuIK0si
— ベニー リコ (@Rico_Wtt) December 14, 2021
suasana Menara bosowa sudirman makassar darurat gempa ,peringatan tsunami 🥺
Stay safe bestie 😇 pic.twitter.com/g2QSEQydiu— Cici (@Cimorylover) December 14, 2021
eh ampun serem bgt liat notif isinya gempa bumi, semoga semua yang ada disana selamat semua🙌🏻 pic.twitter.com/ooXaYOQTgH
— sylvi (@sebuahsambat) December 14, 2021
Sumber: Twitter