Sebuah video ‘ngeri’ yang dimuat naik di media sosial memaparkan kejadian puting beliung dan cuaca buruk di Kentucky, Amerika Syarikat, memetik laporan fox32chicago.
Rakaman berdurasi 35 saat itu dimuat naik oleh Eddit Knight dari Sacramento di laman Twitter. Menerusi video tersebut, dapat dilihat kejadian itu kelihatan seperti ‘filem seram’.
Video itu pada awalnya berkelip dari hitam legam dan kemudiannya menjadi cerah apabila puting beliung hadir dan langit diterangi dengan kilat.
Menerusi ciapan Eddit Knight di laman Twitternya, dia mengatakan bahawa video itu dipercayai sebagai puting beliung yang mengembara 200 batu, Eddit Knight melalui Fox32chicago.
Video itu telah dirakam dari anjung bilik ayahnya. Tambah Eddit Knight, keluarganya berada dalam keadaan baik. Dia turut mengatakan bahawa keadaan ini adalah jauh lebih besar berbanding kejadian di kilang Mayfield, kata Eddit kepada Fox 35 News.
Gabenor Andy Beshear berkata pada persidangan akhbar Sabtu lalu, bahawa sekurang-kurangnya 70 orang dikhuatiri maut di Kentucky, dan jumlah kematian boleh melebihi 100 orang.
“Hal ini menjadikan ianya puting beliung terbesar yang pernah berlaku di Kentucky.” kata Beshear.
Video of the what I believe to be the tornado that traveled ~200 miles. Video from my dad’s front porch between Bremen and Sacramento, Kentucky. Terrifying. pic.twitter.com/CQ7aOHk2Gs
— 🅼🅼🅼🅺 (@mitchell_knight) December 11, 2021
Sumber: fox32chicago, Eddie Knight