Alasan utama terciptanya topi keledar adalah untuk melindungi kepala daripada sebarang bahaya. Itulah gambaran sebenar yang berlaku kepada seorang lelaki yang memakai topi keselamatan semasa melakukan pekerjaan, sebelum batu terjatuh ke atas kepalanya.
Video tersebut telah mendapat lebih 400 ribu tanda suka atau likes dengan lebih tujuh ribu komen. Awal video menunjukkan tiga orang lelaki sedang bersama-sama mengangkat sebatang tiang yang jatuh untuk ditegakkan. Sedang dalam usaha menegakkan tiang itu, serpihan batu dari bangunan berdekatan jatuh, terkena kepala salah seorang mereka.
Untungnya, serpihan batu itu jatuh di atas kepala lelaki yang memakai topi keledar dan tindakannya memakai topi keselamatan itu telah menyelamatkan dirinya daripada terluka di bahagian kepala.
Video tersebut jelas menunjukkan kepada semua orang betapa pentingnya memakai alat keselamatan semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Cuba bayangkan sekiranya batu tersebut terkena salah seorang lelaki yang tidak memakai topi tersebut? Pastinya akan berlaku kecederaan yang parah sehingga boleh membawa maut.
@lore_312 #mamametameenarroz #noselastimo #solofueelsusto #teamo @jehuvalenciagutie
Sumber: Tiktok Colin Lore