Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Nak Mohon Sijil Halal Sampai RM20,000? Ini Jawapan JAKIM

Tular sebelum ini berkaitan satu dakwaan yang mengatakan bahawa kos untuk memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencecah sehingga Rm20,000. Perkara tersebut menyebabkan ramai orang menyatakan keluhan kerana kos yang terlalu mahal.

Terbaharu, melalui posting Facebook JAKIM, mereka menerangkan proses dan caj fi yang dikenakan dalam proses permohonan adalah tidak seperti yang digembar-gemburkan.

Baru-baru ini ada netizen mendakwa, kos pensijilan halal yang terlalu mahal dan boleh mencecah RM20,000 adalah punca ramai pengusaha kafe serta restoran tidak memohon sijil halal.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Bukhari Md Akhir menafikan dakwaan tidak berasas itu. Dakwaan bahawa fi pensijilan halal ini mahal sehingga mencecah RM20,000 adalah tidak benar sama sekali. Malah proses permohonan sijil halal tidak rumit dan boleh dilakukan secara atas talian.

Yuran pensijilan halal adalah berpatutan iaitu RM100 setahun untuk perniagaan mikro seperti restoran atau kafe, kantin, kedai bakeri, premis makanan berangkai, premis bergerak, kafetaria di medan selera dan kiosk.

Bagi hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah, kadar fi yang perlu dibayar adalah sebanyak RM200 setahun. Hotel empat bintang dan ke atas pula akan dikenakan fi tahunan sebanyak RM500.

Orang ramai juga boleh menyemak status halal produk atau premis makanan dengan melayari Direktori Halal Malaysia di Portal Rasmi Halal Malaysia iaitu www.halal.gov.my.

Sumber: FACEBOOK JAKIM

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.